Tuesday, September 18, 2012

Gadis kilang campak bayi ditahan : Panik atau apa?

Pasti ramai sudah tahu tentang penangkapan seorang remaja perempuan tentang kes campak bayi yang hangat baru-baru ini. Ibu muda yang berusia 20 tahun ini telah ditangkap dan akan direman. Adakah anda terfikir bagaimana seorang gadis yang berumur 20 tahun tergamak untuk mencampak bayinya dari tingkat tiga sebuah Flat? Atas sebab apa? Panik? Takut? Malu? Hilang arah.

Kadang-kadang kita sedar atau tidak, adakah kita adalah punca keadaan ini berlaku? Adakah perkara ini dapat dielakkan? Seperti biasa, cerita sama tetapi lain orangnya.

Dimana ayah kepada bayi tersebut di saat ibunya akan dijatuh hukuman Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh?

Untuk siapa yang belum sempat membaca artikel tentang penangkapan gadis ini, anda boleh baca di link ini http://www.harian-metro-online.com/gadis-kilang-campak-bayi-direman 

7 comments:

  1. Mungkin bapa budak ni sedang cari mangsa baru untuk di"mengandungkan" humm harap laki dan pmpn ni terima hukuman yang sama baru adil :(

    ReplyDelete
  2. lelaki tu mesti lari lah. tak nak bertanggungjawab..

    ReplyDelete
  3. Ada baca tadi.. Sah2 la jantan tak guna tu dah hilangkan diri jauh2

    ReplyDelete
  4. Apalah nak jadi sekarang ni... itulah perempuan, senang sangat nak bagi makhota tu kat lelaki.. yang lelaki tu pun satu, lepaskan tangan je tahu... dua2 salah, baby tu tak salah pun... umur sama je dengan saya.. Mana iman mu???

    ReplyDelete
  5. naseblah..wahai kaum wanita jgn mudah tpedaya dgn hasutan..hindarilah zina..huhuh

    ReplyDelete
  6. baya ain tu...klu dah syaitan kuasai jiwa..pape pun sanggup buat..
    buat anak memang sedap, senang, sspoloh minit je,, tapi nak jaga anak tu...

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)