Sunday, September 23, 2012

Beberapa tentang lelaki yang perempuan selalu perkatakan

KSG hari ini nak kongsikan beberapa sifat kebanyakkan lelaki yang perlu wanita tahu. KSG nak menegaskan tidak semua lelaki akan berperangai begini kerana sifat sesorang manusia berubah-ubah dan subjektif. Mungkin entri ini akan menjawab beberapa kemusykilan perempuan-perempuan di luar sana tentang lelaki. Semoga anda lebih memahami kami selepas ini dengan lebih baik. Doakan kami juga untuk memahami anda dengan lebih baik juga.



1. Teguran lelaki adalah kasar
Kasar disini bukan bermaksud kaki pukul, samseng atau gangster sebagainya. Kasar ini adalah dari segi percakapan dan teguran. Pernahkah anda rasa yang teguran pasangan anda terlalu kasar? Ya! teguran lelaki kebanyakkan kasar tetapi semua tidak datang hati kecil kami.

2. Lelaki tidak suka  memujuk.
Merajuk memang sifat neutral sesetengah perempuan tetapi pastikan berpada-pada. Kebanyakkan lelaki tidak faham kenapa sesuatu perkara itu akan membuat perempuan merajuk Merajuk berpanjangan semestinya tidak membaikkan keadaan, malah memburukkan keadaan. Kami akan nampak anda seperti mencabar kami sebenarnya. Kadang-kadang, kami sendiri tidak tahu apa puncanya, anda perlu beritahu sebab anda merajuk

3.Lelaki lebihkan kawan?
Mesti ramai perempuan merasakan begitu tetapi tahukah andalah tetap yang pertama. Kami rasa, anda akan memahami kami bukan sepeti rakan-rakan kami. Tidak semua lelaki mampu bersama anda sepanjang masa. Berikan kami ruang untuk bersama rakan-rakan lelaki kami yang lain dari melayan anda sepanjang masa secara paksa. Jika anda nampak mereka terlalu lebihkan kawan, tegur dengan baik bukan dengan bebelan dan rajukan yang melampau.

4.Lelaki tidak faham anda?
 Ya, kami tidak faham anda semestinya, anda perempuan dan kami lelaki. Beritahu perasaan anda dan apa anda mahukan. Jangan suka memendam perasaan anda dengan harapan kami akan tahu sendiri. Boleh tapi semestinya sukar.

5.Lelaki sibuk dengan aktiviti lain
Kebanyakkan lelaki ada aktiviti yang diminati seperti futsal, memancing dan lain-lain lagi. Kebanyakkan perempuan tidak suka pasangan mereka menghabiskan masa dengan aktiviti tersebut. Itu semestinya memberi tekanan dan lelaki selalu akan keras kepala. Jangan disebabkan begitu, pasangan anda akan dapat dosa kering kerana menipu anda kerana takut anda akan bermasam muka. Jangan tunjukkan anda benci dengan aktiviti yang mereka lakukan. Pasangan anda mesti suka bercerita tentang hobi mereka, dengarlah dengan hati terbuka dan pergilah ikut mereka menjalankan aktiviti yang mereka sukai walaupun bosan bagi anda. Mungkin boleh menjadi modal anda apabila anda ingin membawa mereka bershopping.

Bagi pendapat KSG, dalam perhubungan tolak ansur dan komunikasi adalah penting. Mengalah jika perlu dan saling maaf-memaafi. Pasti anda mahukan perhubungan anda sesuatu yang mengembirakan dan bukan tekanan. Tidak rasa bersalahkah jika pasangan kita rasa tertekan disebabkan diri kita sendiri. Entri ini adalah peringatan kepada diri KSG dan semoga memberi manfaat kepada diri anda semua.

Terima Kasih   

31 comments:

  1. seriously..gua sokong :)

    super nice bro!

    ReplyDelete
  2. wahwahwah gua belajar tentang lelaki harini hahaha..info yg sngt berguna ksg!!

    ReplyDelete
  3. huhuhuhuhuhuhu hurmmmm erkkk cm tuhhh erk?? huhuhuhuhu lepas neh kena bagithu direct neh." u! i merajuk okay??? sebab u p mancing tak ajak i!" hihihihi

    ReplyDelete
  4. sebbek ehem sye tk cmni. tp mmber sye yg laki major mcm ni. tk sukee

    ReplyDelete
  5. ena setuju juga... bkn nk berpihak pada mana2 cuma kita ni kenalah memahami antara satu sama lain, lelaki dan perempuan.. jangan asyik nak marah je keja kan kan... nak lelaki kne memahami perempuan, perempuan pun kne memahami lelaki... just behave yourself, thats all..

    ReplyDelete
  6. jijah sokong gak! lebih2 lagi nombor satu tu... memang kasar tapi sebenarnya bukan bercakap dari hati... hehehe

    ReplyDelete
  7. weeee...macam terkena lobang hidung..thanx for sharing..kdg2 cuba memahami..tp ye la...mungkin pk bukan2, rasa mcm x dipedulikan...hehe

    ReplyDelete
  8. wahwah . okeyyy baru tau sume nie :) thanks awak ^^

    ReplyDelete
  9. Saling memahami antara lelaki dan wanita adalah yang terbaik.. Wanita cuba fahami pasangan anda, & lelaki cuba belajar mentafsir perasaan wanita.. InsyaAllah, perhubungan antara kalian pasti berjaya! ^_~

    ReplyDelete
  10. yup, saling memahami & saling buat x paham, hikk...

    ReplyDelete
  11. aku haraplah ramai wanita akan sedar lepas baca entri ni.ehehehe

    ReplyDelete
  12. Semua betul. Setuju sangat tapi bila kita tahu yang bf kita susah nak notice kita merajuk apa salah kita bagitahu kita tengah merajuk. Ye dop. Haha. In relationship, I prefer to spill everything I felt. Kalau rasa terkecil hati bagitahu apa. Senang si dia nak digest nanti takde lah si dia tertanya kenapa aku merajuk sampai ke sudah masalah tak selesai.

    ReplyDelete
  13. Berdasarkan pengalaman mmg semua sifat tu betoi..hi hi...tapi kalau saling bertolak ansur..komunikasi yang lebih baik akan membentuk sesebuah hubungan tu jadi lebih baik...

    ReplyDelete
  14. lelaki tidak suka memujuk tapi saya suka merajuk tanpa sebab. hehe..ntah nape.

    ReplyDelete
  15. lelaki dan ego... lelaki adalah lelaki.....
    kenali sisi lain lelaki......cari kebaikannya... insyaAllah.....
    lelaki pelengkap kehidupan....

    ReplyDelete
  16. secara jujur nak ckpp.. hehe cmne klau sy mengaku saya mmounyai perangai lelaki? kah3?


    ada gak perempuan jenis camni tau

    ReplyDelete
  17. saya sokong. kita pmpn harus perbaiki sikap ni dan menjadi yang sempurna dimata lelaki chewahh he he ;p

    ReplyDelete
  18. setuju hehee ^_^ mcm ade byk lg jerh hehee..

    ReplyDelete
  19. CiM stuju 2 & 3. Btul, tkleh judge org suka2 krn perangai manusia tk sama & berubah2.

    ReplyDelete
  20. wahhh,,ni ikut pglmn sendri la ni ek,,;)

    ReplyDelete
  21. lelaki ego tak ada pulak dnyatakan kat sini . hahaha

    ReplyDelete
  22. setuju..kalau ikut pengalaman mmg semuanya betul..

    ReplyDelete
  23. "jgn pilih lelaki yang bangun subuh lebih lambat from kamu, walo mcm mane pon alimnye pompuan tuh,kalo laki bangun lambat, hanyut gaklaa pompuan tuhh" +_+

    hehehe lelaki kena bangun subuh . tambah no 6.

    lelaki kan AR-RIJAL. pemimpin tuh..

    okbai.peace bro!

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)