Wednesday, August 8, 2012

Semangat Pocket Rocket Man patut dicontohi Atlet Malaysia yang lain

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

Tajuk perbualan rakyat Malaysia pada awal pagi ini adalah tentang Atlet lumba basikal Malaysia, Azizul Hasni Awang atau nama gelarannya Pocket Rocket Man beradu tenaga dalam final kirrin di Olimpik London. KSG sempat menonton final ini secara live di TV channel RTM 1.Akhirnya, seperti yang diketahui umum Azizul telah tewas dalam final tersebut.

Walaubagaimanapun, KSG sangat tertarik dengan semangat Azizul Hasni Awang semasa final itu berlangsung. Jika ingin dibandingkan size badan Azizul Hasni Awang ini, Azizul nampak comel dan sangat kecil dari peserta dari  negara lain. Lebih membanggakan, Azizul Hasni Awang peserta Asia tunggal dalam final acara kirrin ini. Azizul agak ketinggalan semasa di awal perlumbaan ini, Azizul menduduki tempat terakhir antara 6 peserta yang bertanding. Then selepas marshal yang naik basikal motor itu  keluar dari gelanggang atau lebih tepat masa peserta membuat pecutan terakhir, KSG terpegun tengok Azizul Hasni Awang buat pecutan awal dan memberi saingan kepada peserta lain. KSG tengok dah macam ada harapan Azizul nak menang  tetapi pada saat akhir, Azizul tewas juga. Apakan daya nasib tidak menyelebahi Malaysia.

Apa yang KSG nak tegaskan adalah kalah atau menang itu adat perlawanan atau pertandingan. Yang lebih penting adalah semangat juang dan semangat untuk berlawan yang tinggi. Agar kita tidak dilihat sebagai lawan yang mudah ditewaskan, sebagai pelengkap atau picisan dalam sesuatu pertandingan. Perlu diingatkan  kepada semua, seorang atlet Malaysia bukan hanya mewakili negara untuk sesuatu acara malah membawa maruah negara Malaysia di persada dunia. Akhir kata, Tahniah diucapkan kepada Azizul Hasni Awang a.k.a Pocket Rocket Man atas usaha yang ditunjukkan.


Terima Kasih kerana sudi membaca. :)

6 comments:

  1. tahniah pocket rocket man.walaupun kalah tpi tetap bangga.

    ReplyDelete
  2. Kira okey lah pencapaian dia. Satu-satunya orang Asia yg masuk final round kot

    ReplyDelete
  3. Abang dan adik beradik dia nih study kat sini - USM, abang dia tu kawan bro HH ... :) kerja engineer skang kat Pennag...umah giler besar gedabak ..huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke? untungnya.. keluarga kaya rupanya dia ni.. :)

      Delete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)