Assalamualaikum kepada semua Bloggers,Readers dan Rakan-rakan,
Beberapa hari yang lepas, KSG sempat mengikuti program Ziarah Muhibah Kampung Orang Asli di Kampung Landap, Sungai Siput, Perak. Berdebar-debar jugalah kerana ini adalah pengalaman pertama KSG melawati kampung orang asli.
Untuk tiba di Kampung Orang Asli Landap, anda akan melalui beberapa Kampung Orang Asli lain, beberapa ladang kelapa sawit dan jalan yang berbukit-bukau. Kalau mengikut kiraan KSG, Kampung Landap ini tidaklah terlalu jauh ke dalam tetapi kenderaan yang boleh anda gunakan adalah semaksima lori 1 tan sahaja. Ini adalah kerana jalan untuk masuk ke Kampung Landap sangat sempit dan muat-muat untuk satu kenderaan sahaja pada satu masa. Kalau ada kenderaan yang berselisih kena pandai mengalah ya! Jom tengok gambar-gambar yang sempat KSG tangkap untuk tatapan anda semua.
|
Bangunan mula-mula sekali yang anda akan nampak apabila tiba adalah surau kampung Landap. Surau ini tersangatlah uzur dan kecil. Mungkin boleh memuatkan 30 orang jemaah dalam sesuatu masa. |
|
Kedudukan muka bumi Kampung Landap adalah berbukit-bukau. Kepada anda yang ingin ke sini, sila kuatkan stamina anda ya! :) |
|
Antara contoh rumah di sana, kebanyakkan rumah disini masih berasas kayu sebagai bahan binaan. Dalam satu rumah selalunya dikongsi beberapa keluarga. Bayangkan ya rakan-rakan. |
|
Cantikkan pemandangan disini? Kampung ini sangat bersih dan damai sebenarnya. |
|
KSG sempat mandi-manda di sungai betul2 berhampiran kawasan perkampungan tersebut. Kebanyakkan yang mandi-manda di sini adalah penduduk kampung sendiri. Airnya sangat sejuk, jernih dan tidak terlalu deras. Memang puaslah mandi kat sini. :) |
|
Antara anak-anak orang asli di sana. Sporting sangat mereka ni. :) |
|
Kaum ibu dan wanita disana. Bangunan kat belakang tu dipanggil balai sewang.
|
Kadang-kadang, kita terlepas pandang orang-orang asli yang duduk nun jauh dari bandar-bandar maju sana. Kampung Orang Asli Landap ini sudah sedikit maju tapi bagaimanapun dengar sharing dari sukarelawan yang lain, still ada yang hidup lebih daif dari penduduk Kampung Orang Asli Landap. Tugas kita adalah sentiasa tidak membiarkan mereka ketinggalan dan ditindas oleh orang yang tidak berhati perut. Akhir sekali, mari kita bertanya kepada diri kita, adakah kita betul-betul peduli?
Sekian Terima Kasih
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)