Saturday, August 25, 2012

Novel Ngeri oleh Gina Yap Lai Yoong

Assalammualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

Cuti hari raya kali ini, kebanyakkan masa KSG dihabiskan dengan membaca koleksi-koleksi novel KSG. Maklumlah, KSG banyak melalui perjalanan panjang dan aktiviti menunggu orang untuk berkunjung ke rumah KSG. Akhirnya, KSG dapat habiskan sebuah novel iaitu Ngeri yang menarik.

Ngeri oleh Gina Yap Lai Yoong 


Seperti tajuk novelnya, Ngeri pastinya adalah sebuah novel thriller bukan novel cinta. Novel ini adalah hasil karya kedua Gina Yap Lai Yoong. Seorang rakyat Malaysia berketurunan Cina yang menulis dalam Bahasa Melayu. Sesuatu jarang berlaku di Malaysia tapi bagi KSG kehadiran penulis berketurunan Cina di dalam industri novel bahasa melayu adalah sangat baik. Mungkin (Pasti!) ini dapat mengembangkan idea dan industri novel di Malaysia. Kalau anda ingin mengenali beliau dengan lebih rapat, anda boleh ke ginayaplaiyoong.com.

Novel ini mengisahkan 3 orang mahasiswa filem (Belajar bidang perfileman) yang bercita-cita tinggi dalam bidang perfileman. Di dalam satu tugasan mereka diarahkan membuat satu filem pendek berdasarkan kreativiti mereka. Dukacitanya, skrip-skrip yang dihasilkan oleh mereka dengan menampilkan pembunuhan sadis telah ditolak bulat-bulat oleh lecturer mereka atas alasan cerita mereka tidak logik. Keadaan menjadi kelam-kabut, apabila setiap skrip mereka menjadi realiti dan 100% serupa dengan idea jalan cerita yang ditulis oleh mereka.Ini menjadikan mereka saling mencurigai antara satu sama lain. Persoalannya, adakah pembunuh kejam ini adalah salah seorang dari mereka?

Bagi KSG, novel ini adalah sangat simple dan ringan untuk dibaca. KSG berjaya menghabiskan novel ini dalam masa kurang 24Jam. Tidak meleret-leret dan sangat hollywood scene yang terdapat di dalam novel ini. Sesuai untuk pembaca yang sukakan novel yang mudah dihadam dan sebagai bacaan ringan semasa waktu santai. Cover novel yang menarik, kena dengan jiwa anak muda masa kini. Harga pun sangat berpatutan. Kepada anda semua, selamat membaca ya!

Terima Kasih




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)