Sunday, August 26, 2012

Kejadian yang selalu jadi di Plaza Tol di waktu puncak


Selamat pulang ke tanah air kepada yang baru sahaja tiba dari kampung. Maklumlah, kebanyakkan cuti raya warga-warga kota akan tamat. Bagaimana keadaan di jalan raya, sesak atau tidak?

Hari ini, KSG ingin berkongsi dengan anda semua kejadian yang selalu terjadi di jalan raya. Kejadian atau aktiviti ini dipanggil aktiviti rebut-merebut dan potong-memotong barisan semasa membayar tol. Ini amatlah menyusahkan orang lain dan akan menyebabkan kesesakkan lalu lintas yang melampau.

Gambar diatas ini, KSG rakamkan di sebuah Plaza Tol semasa minggu raya yang lepas. Kereta yang ditandakan dengan nombor itu adalah kereta yang sedang menuju ke lorong tol yang KSG tanda dengan warna hijau. Wow! puncanya adalah beberapa kereta menukar lorong disaat akhir dan ada yang cuba memotong barisan.

Kalau difikirkan, kenapa masih ada orang yang suka bersikap begini dan tidak mengamalkan sifat sopan santun di jalan raya. Apakah silap dan puncanya? Tepuk dada, tanya selera. :)



2 comments:

  1. tu la pasal.. bila negara semakin maju, rakyat semakin kaya, budi bahasa pun dah hilang ke mana.. jangan nak kata borak depan mata, kat jalan raya pun tak reti nak sopan santun... hhmmm...

    ReplyDelete
  2. kalau kat plaza tol msti geram..sebab ada org sikap cm tu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)