Assalammualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan KSG,
Rakan-rakan bagaimana dengan raya anda? Seronok? Banyak dapat duit raya atau banyak memberi duit raya? KSG harap anda menyambut hari raya ini dengan happy :)
Pada hari raya pertama, KSG berpeluang untuk beraya di rumah seorang novelis genre seram atau thriller di Muar, Johor. Walaupun banyak kali berjumpa di pesta-pesta buku, ini adalah kali pertama KSG berpeluang ke rumah novelis yang bernaung di bawah syarikat alaf 21 dan Buku Prima ini. Mungkin ada antara anda yang mengenali novelis ini yang bernama Zaifulzaman Ahmad. Kalau yang belum kenal atau membaca karya Zaifulzaman Ahmad, anda boleh membeli karya terbaru beliau iaitu Bicara Sebuah Diari terbitan Buku Prima. Lepas ni, bolehlah try baca karya ini ya rakan-rakan. Mana tau melekat terus. :)
Zaifulzaman Ahmad ini adalah tersangat sempoi orangnya. Memang ada ciri-ciri seorang novelislah katakan. KSG ingin mengucapkan terima kasih kepada Bro Zaifulzaman Ahmad kerana sudi melayan kunjungan KSG dengan sangat baik sekali. Next time kita lepak lagi.
|
Inilah bro Zaifulzaman Ahmad dengan novel terbaru 'Bicara Sebuah Diari' |
|
Hasil karya lukisan Bro Zaifulzaman Ahmad yang tersiar di Majalah. Berbakat bro kita ini. |
|
Karya kartun yang lain :) |
|
Keratan Surat Khabar yang menampilkan Bro Zaifulzaman sepanjang bergelar novelis. |
Terima Kasih kerana sudi membaca.. Teruskan baca entri www.kisahsigemok.com yang lain ya!
No comments:
Post a Comment
Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)