Wednesday, February 22, 2012

/|Leessang : Duo Hip Hop Korea Selatan yang semakin terkenal di dunia|\

Leessang adalah Hip Hop duo yang berasal dari Korea Selatan ditubuhkan pada 2002. Dianggotai oleh Kang Hee Gun yang lebih kenali sebagai Gary bertindak sebagai rapper dan Gil Seong Jon (Gil). Ikut pendapat aku, kelebihan Leessang ini adalah kerana adunan rap yang baik daripada Gary yang diadun vokal yang mantap daripada Gil. Ini meletakkan mereka di dalam standard dan kelas yang tinggi. Lagu mereka hampir keseluruhan menggunakan bahasa korea tetapi disebabkan melodi lagu mereka yang berkualiti dan kreatif membuat aku tertarik untuk mendengar lagu-lagu mereka. Jujur diperkatakan bahawa aku bukan peminat tegar K-Pop, Korea Movie ataupun drama daripada negara kereta hyundai ni, Leessang telah berjaya menarik minat aku untuk mendengar lagu-lagu mereka. Mungkin pelaris bagi Hip Hop Duo ini adalah disebabkan Gary, ini sebab Gary adalah salah seorang member di dalam tv show korea yang tengah meletup iaitu Running Man. Antara lagu-lagu yang aku rekemen kepada korang adalah Turn Off the TV, Leessang Blues, I'm not really laughing, Our Meeting, dan The Girl who can't break up, the boy who can't leave. 


Leessang: Gary (Kiri) dan Gil (Kanan)


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)