Saturday, February 18, 2012

/|Thursday Night Futsal @ U One Sport Centre|\

Halo2..

Futsal! Itu je sukan yang aku mampu main lagi.. hahaha.. adakah disebabkan faktor umur yang meningkat atau berat badan yang meningkat? (hmm..umur kot).

Post untuk kali ini adalah sedikit sharing dari aku untuk semua. Khamis malam yang lepas, tempat keje aku ada jalankan satu pertandingan futsal tertutup di U One Sport Centre, Bukit Raja. Yang menariknya, team mate dipilih mengikut undian (Maksudnya kita xkan tahu, kita akan bermain untuk team mane). Bagi aku ini agak menarik kerana ini dapat merapat hubungan antara rakan sekerja. Yang mendaftar untuk bermain pada hari tersebut ada 20 orang dan dibahagikan kepada 4 team. Pertandingan futsal ini dijalankan dalam bentuk liga, dengan stamina yang kurang inilah aku harungi ke semua game. (Penat bro!) Pertandingan ini lebih kepada aktiviti mengeluarkan peluh selepas terperap di dalam office di pagi hari dan yang penting kami dapat gather bersama-sama. Yelah, kadang-kadang kita susah jumpa antara sama lain sebab masing-masing sibok dengan hal masing2.
Lampu-lampu U One Sport Centre, Bukit Raja

Tiang gol yang banyak berjasa pada malam tersebut!

Referee paling cemerlang pada malam tersebut dengan hanya memerhati dari luar sahaja


P/S: Team aku champion malam tu! Bongkak Sikit!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)