Hi all..
Silk screen? pernah dengar? hmm..mesti ramai yang pernah dengar..silk screen ini adalah cara untuk mencetak design ke t-shirt anda..ini adalah cara paling mudah, paling famous dan paling ramai orang buat. Sebenarnya ini adalah hobi masa lapang aku so aku rasa x salah aku nak kongsi ngan korang cara-cara untuk mencetak baju..mane tau kita boleh kongsi2 pendapat..Untuk episod pertama ini, aku lebih nak menerangkan tentang alatan yang selalu ada dalam pencetakan silk screen. Kenapa nak start tahu peralatan dulu? Sebab ini lebih mudah untuk korang try nanti.
1.Blok
Blok adalah benda paling penting dalam silk screen printing. Ia adalah rangka untuk korang letakkan silk mesh (kain silk screen) korang. Blok mempunyai pelbagai size, so korang boleh pilih mengikut kesesuaian size design anda yang akan dicetak di baju.
2.Scoop coater
Scoop coater ini adalah alat untuk meratakan photo emulsion di blok anda. Mempunyai size berbeza mengikut kesesuaian size blok anda.
3.Photo Emulsion
Photo Emulsion ini digunakan untuk korang transfer kan design ke blok. (x faham? xpe next tutorial akan membuatkan anda faham). Photo Emulsion akan dicampurkan bersama Hardener (Ini nama aku panggil, di pasaran di panggil sentisizer). Ada banyak jenis photo emulsion di pasaran, berlainan harga dan warna. (AMARAN: Photo Emulsion terlalu sensitif kepada cahaya, letakkan ditempat yang gelap gelita atau malap)
5.Skuji
Skuji ini adalah alat untuk merata kan Dye ke baju nanti. Alatan ini selalu nya diperbuat daripada kayu dan bilah matanya diperbuat daripada getah plastik.
4. Dye
Fabric dye atau dalam bahasa melayu pencelup kain. Ini adalah kaler yang anda gunakan di dalam silk screen printing ini. Ada beberapa jenis dye yang di gunakan tetapi paling famous adalah rubber dye dan tc dye.
5.Baju Kosong
Ini benda penting korang kena ada untuk mencetak baju. kalau x de baju, mungkin post ni x dipanggil 'Jom Mencetak Baju'
Ok..amacam? faham?
kalau x faham, bleh tinggalkan comment dibawah.
X cukup?
erk..sabar, nantikan next post saya
P/S :Ok sume..harap korang faham untuk sesi kali ini dan jangan lupa untuk follow saya..
kt mane nk cari pembekal barang2 ni?
ReplyDeletekt mane nk cari pembekal barang2 ni?
ReplyDelete