Monday, February 13, 2012

/|Rayyan Fantasi|\

Ini novel Rayyan Fantasi tu
Yeah3x..akhirnya dapat juga rehat di rumah juga hari ini..thanks to my boss kerana memberi peluang untuk bercuti pada hari isnin yang indah ini. Bangun pagi aku tengok luar, tengok kanan, dan kiri, akhirnya aku sedar aku dah bosan. Hahahaha. Penyakit baru yang aku hadapi sejak bulan Julai yang lepas. Bila kerja rasa nak cuti, cuti rasa nak kerja.

Any way, hari ini aku nak kongsi ngan korang tentang satu hobi baru aku iaitu membaca novel (Perghhh..si gemok yang baca novel). Aku start baca novel ini sejak aku kerja dengan satu publisher dekat Shah Alam nie, itu pun selepas asyik dengar bebelan rakan-rakan ofis yang bercerita tentang novel. Jujur aku cakap, aku ni agak slow n steady dalam bab membaca ni.  Sekarang ni aku tengah tercungap-cungap nak habiskan satu novel Ramlee Awang Murshid bertajuk Rayyan Fantasi. Mula-mula, aku dengar banyak komen x best tentang novel ini tetapi apabila aku tengok Hunny Madu baca novel ini aku terus nak start baca. Best kot, apa yang x best. Cerita tentang seorang budak bernama Aiddin yang susur galurnya dirahsiakan oleh bapanya. Awal-awal korang baca, korang dah rasa pelik dengan budak Aiddin ni. So korang perlu baca sendiri untuk mendapat gambaran sebenar. Murah je harga dia, hanya RM19.90 je.

Piung Kebabommm !!!




2 comments:

  1. saya sdg kecik ati ngn anda sbb x bace novel saya. tu jek yg saya nak bgtau anda. sekian..... :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..saya buat satu review untuk anda..bila nak letak nama saya sebagai watak?

      Delete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)