Monday, February 13, 2012

/|Selamat Datang. Jemput Masuk|\

Selamat datang ke blog saya yeeww..

'Selamat Datang, Jemput Masuk' perkataan yang typical yang selalu aku dengar apabila masuk ke mana-mana kedai dan ia membuat aku terasa seperti superstar walaupun realitinya aku seorang yang gemok dan sentiasa pokai. Tujuan utamanya, adalah untuk menghargai atau mengalu-alukan seseorang untuk datang ke kedai kita.

Ini blog kedua aku selepas satu blog yang aku yang sebelum ini yang telah ku hilangkan passwordnya akibat penyakit kemalasan update blog. Selepas beberapa tahun, akhirnya aku dapat memulihkan penyakit kemalasan tahap ke-4 itu dengan berjaya dengan tercipta blog ini (PLAP3X <---bunyi clap) .

Sekian


P/S: Ucapan 'Selamat Datang,Jemput Masuk' perlu diucapkan dengan ikhlas sambil melontarkan senyuman agar anda tidak dilihat sebagai mesin bayar tiket parking automatic. Piungggg Kebaboommm!!!

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)