Tuesday, June 26, 2012

Tiada Halangan Untuk Berjaya - inspirasi dari Tuan Zamzuri (OKU Penglihatan)

Beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PHD di UM. Beliau juga sudah bergelar seorang suami. Tetapi beliau mempunyai sedikit kekurangan daripada kita semua. Tuan Zamzuri adalah cacat penglihatan tetapi beliau bukan jenis yang suka memohon derma malah mempunyai kerjaya yang tersendiri. Saya terjumpa beliau semasa beliau membuka booth di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya untuk sebuah acara. Beliau meniaga penanda buku Braille dan sticker Braille. Sempat juga buat sebuah sticker Braille dan dapatkan penanda buku dari Tuan Zamzuri ini. Sambil itu, mohon sedikit tunjuk ajar daripada Tuan Zamzuri tentang cara membaca tulisan Braille. Sebenarnya boleh agak tulisan braille ni kalau kita buka mata, apabila tutup memang x dapat bajet apa yang di baca. Tuan Zamzuri juga menunjukkan cara bagaimana beliau mengunakan telefon bimbit. Bagaimana beliau membaca sms yang dihantar kepadanya. Satu perbualan yang berinformasi bersama beliau.





 Untuk informasi anda, Tuan Zamzuri membuka kelas kepada sesiapa yang ingin belajar tulisan Braille ini dan mengadakan sesi motivasi mengikut jemputan. Apa yang saya nampak pada Tuan Zamzuri ni, beliau sedikit pun tidak merasa kekurangan beliau adalah satu halangan. :)

2 comments:

  1. As'kum Ashraf...Kak Sha dah add Ashraf tau.. Insyallah bila free nanti kak sha buat N3 khas buat Ashraf semoga bertambah rakan blogger kita yaa... tq so much.. jumpa nanti!!!! :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Salam kak, thanks kak! jumpa nanti ye..

      Delete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)