Monday, June 25, 2012

Tak Sabar menunggu novel Epilog 3 Naga oleh Kaz Ishak



Kulit Muka Epilog 3 Naga

Dah beberapa minggu tengok cover novel Epilog 3 naga ni, bila nak keluar agaknya. Tertarik dengan judul novel ini. Nampak ganas gitu. Dengar cerita novel sedang dalam proses pencetakkan. Betul atau tidak. Masih tiada kepastian. Lagipun novel ini adalah terbitan bulan Julai. Tiada kekecewaan yang terasa dan kita perlu bersabar. Kaz Ishak adalah keluarga baru Alaf 21 dan Epilog 3 Naga adalah karya pertama beliau. Bagi peluang kepada beliau ye! Dengar cerita beliau akan berada di Pesta Buku Selangor 2012 nanti. Novel ini berketebalan 496 muka surat dan berharga rm19.90. Pasti akan menjadi koleksi novel aksi kepunyaan saya! Meh baca sinopsis Epilog 3 Naga.

Sinopsis
Mereka merupakan sahabat karib sejak kecil. Di mana ada Fazarul, pasti akan kelihatan Khalid dan Sean di sampingnya. Kenakalan zaman remaja dirasakan suatu lumrah. Namun, ia mula membawa padah tatkala batasnya dilangkah. Jiwa remaja mereka mula hanyut tidak terbendung.

Khalid tersilap memilih jalan hidup. Sedikit demi sedikit dia terheret ke kancah kumpulan kongsi gelap. Semakin hari semakin sukar untuk melarikan diri.

Keinginan untuk berseronok di sebuah pusat hiburan hanya mengundang sengketa. Tempat sueh itu menjelmakan tragedi. Sean menjadi mangsa pertama.

Fazarul pula masih kuat semangatnya. Dia nekad mahu melepaskan Khalid dari dunia itu. Rakannya dipujuk untuk menyerah diri. Tetapi, tiada yang pasti apabila hati sudah diselubungi dendam. Di manakah titik pengakhirannya


Amacam? ada tertarik? 

5 comments:

  1. Hi . Sesiape yang ade mase terluang tak tau nak buat ape .
    Jom singgah ke Blog Saya . Boleh Tengok Movie (^^,) & Follow .

    http://www.sasaumovie.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. jum usha sikit petikan dari novel epilog 3 naga!

    http://jonijualfilem.blogspot.com/2012/06/epilog-3-naga.html

    ReplyDelete
  3. Wah! Hai penulis epilog 3 naga!

    ReplyDelete
  4. salam asyraf. pesta buku selangor macam mana? menarik tak sambutan?

    ReplyDelete
  5. wasalam, kurang hangat dari tahun lepas..mungkin kerana dekat nak raya..

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)