Mesti ramai yang seusia dengan aku pasti familiar dengan apa itu Power Rangers. Ya! aku dari kecik dah terdedah dengan cerita fight2 dan bunuh2 yang bertopengkan siri live action kanak2. Aku membesar dalam zaman Power Rangers, ini diperkukuhkan lagi dengan first debut untuk power rangers adalah pada tahun 1993, masa tu aku masih berumur 4 tahun lagi. Kecik sangat, ntah sudah faham dan hargai jalan ceritanya atau tidak. Masa tu, zaman video tape lagi, vcd masih belum wujud lagi dalam fikiran aku. Mungkin waktu tu, aku rasa vcd tu adalah barangan orang-orang kaya. Family aku tidak mampu. Dah bertahun berlalu, dah banyak versi Power Rangers yang wujud, mengikut peredaran zaman agaknya.
Hari ini aku nak kongsi siapakah mereka yang antara yang terawal memakai kostum Power Rangers ini. Apa khabarlah dorang ni kan?
Power Ranger Merah
Atas ini adalah Austin St. John, bekas pemegang watak Jason dalam Power Rangers. Sekarang mamat ni berkhidmat sebagai paramedik di Washington DC. Kalau tengok kat bawah tu, Austin dah semakin berisi, mungkin dah x muat lagi pakai kostum power rangers lagi lepas ni ataupun kena buat size lain. :)
Power Ranger Kuning
Power Ranger Hitam
Walter Emanuel Jones yang memegang watak Zack Taylor atau Power Rangers hitam yang asal. Walter Emanuel Jones telah keluar dari Power Rangers kerana tidak puas hati dengan gaji yang diberikan. Walter Emanuel Jones tidak mempunyai jari tengah di tangan kanan, ini menunjukkan semua orang boleh jadi superhero walaupun ada kekurangan dalam diri kita.
Power Ranger Merah Jambu
Awek yang sudah jadi emak budak kat atas ini adalah Amy Jo Johnson, Power Ranger Merah Jambu yang juga pernah menjadi gimnastik. Power Rangers adalah pengalaman pertama anak penjual kereta yang berasal dari USA ini berlakon. Selepas Power Rangers, Amy masih aktif dalam bidang lakonan. Sekarang, Amy sudah berkahwin dengan Oliver Giner dan mempunyai seorang anak. Kat atas tu, gambar dia tengah mengandungkan Francesca Christine.
Power Ranger Biru
Mamat berkedut kat atas ini adalah David Yost, Power Ranger Biru terawal dalam siri Power Rangers. Percayakah anda adiwira ini pernah memenangi banyak pertandingan gimnastik sebelum berlakon di dalam siri Power Rangers. Boleh dikatakan antara ahli Power Rangers yang berjaya kerana dia adalah producer untuk beberapa siri tv antaranya The Real Housewives of Beverly Hills. Ada info mengatakan beliau adalah seorang gay.
Power Ranger Hijau
Mamat rambut panjang ni bernama Jason David Frank yang merupakan Power Ranger Hijau. Aku juga nak mengatakan dia ini sangat tamak kerana dia juga adalah Power Ranger Putih dan Merah. X bagi can kat orang lain langsung. Start pegang watak dalam Power Rangers semasa berumur 19 Tahun. Menariknya tentang dia ni, dia bukan boleh sahaja fight-fight dalam Power Rangers malah seorang Fighter di luar juga. (Mungkin terbawak-bawak watak sampai ke alam realiti). Mamat ni belajar martial art sejak berumur 4 tahun di The Red Dragon Karate School dan pada umur 18 tahun, dia telah membuat keputusan untuk membeli sekolah karate yang tersebut. Sekarang mamat ni tengah aktif dengan MMA (Mixed Martial Art) sehingga sekarang.
Ahah dik.. Kak Ani singgah ni.. n follow skali..wah wah info pasal power ranger ek.. haha dulu anak Kak Ani cukup minat masa dia kekecik.. tapi dik Power ranger kuning tu Tarikh dia meninggal tu salah tu.. 3 sep 2012 belum lagi dik.. hehe
ReplyDeletehep hep jgn tak ingat plak mana jumpa akak .. ala jumpa kat MPH Alamanda.. akak yang main cak cak dgn Shahriah Abdullah tu.. ;)
thanks kak :), sudah diperbetulkan.. kena berhati-hati selepas ini.
Deletemestilah ingat kak..baru je jumpa tadi..
power rangers!!!! cerita kegemaran ena masa kecik2 dlu.. ena suka yg warna putih tu... huhuhuhu
ReplyDeletewarna putih tu powerkan? huhuhu..
ReplyDelete