Sunday, September 9, 2012

Buang toksin dengan cara mudah masa kini

Assalamualaikum kepada semua, 

Ini adalah produk yang dijual oleh rakan KSG. Kepada yang berminat boleh hubungi Muadz - 0193568709. KSG pernah try menggunakan produk ini, ternyata ada perbezaan selepas mengunakannya. Apa yang KSG faham, produk ini tidak akan membuat diri kita 100% tanpa toksin (tipulah kalau macam tu) tetapi mengurangkan toksin di dalam badan. Boleh hubungi nombor yang tertera diatas untuk tujuan pertanyaan. :) 





Sedikit penjelasan daripada Encik Muadz tentang produk ini 

"Ketika ini pencemaran sudah berleluasa di sekeliling kita. Oleh kerana itu, kita juga sedikit sebanyak telah menerima kesannya. Selain itu, aktiviti seharian kita juga menyumbang kepada pertambahan pencemaran di dalam badan kita. Apa yang saya maksudkan ialah “Toksin”.

Jika anda pernah mengalami sakit badan, sakit kaki, lenguh-lenguh badan, bersenam tetapi berat badan sukar untuk turun. Ini adalah mungkin disebabkan toksin di dalam badan kita. Malah banyak lagi penyakit atau masalah yang berpunca dari toksin. Kini, sudah ada produk yang mampu menyingkirkan toksin di dalam badan manusia.

Mungkin sudah ada yang tahu tentang produk detox yang menyerap toksin dari tapak kaki ini. Tetapi hari ini, jika hanya ada 1 fungsi masih tidak mencukupi. Semua orang pasti mahu lebih, itu realiti.

Sudah ada detox dengan fungsi tambahan di pasaran. Setiap satu mempunyai fungsi tambahan yang berbeza pasti dapat memenuhi kehendak masyarakat. Dengan fungsi utama yang ditambah lagi dengan fungsi tambahan ibarat lengkap melengkapi. Sudahlah baik, ditambah lagi.



Detox Gold
Buang toksin dan fungsi tambahan menguruskan badan. (Dicadangkan penggunaan bersama ‘Slimming Patch’ untuk kesan mengguruskan badan yang lebih drastik)

Detox Ginseng
Buang toksin dan fungsi tambahan membekalkan tenaga tambahan. Sesuai untuk yang mengalami kelesuan badan dan letih bekerja.

Detox Green
Buang toksin dan membantu memudahkan tidur di malam hari atau susah tidur apabila terjaga malam. Sesuai untuk yang mengalami ‘Amnesia’.

Detox Lavender
Buang toksin dan menstabilkan negative ion dalam badan. Juga mengurangkan ‘stress’ dan ‘tension’. Sangat sesuai untuk orang yang mengalami tekanan dengan kerja atau keadaan sekeliling.

Pasti ada yang sesuai kerana setiap jenis mempunyai fungsi tambahan yang berbeza dan sangat baik. Sampai bila mahu simpan toksin?. Buanglah hari ini dan mengamalkan gaya hidup yang sihat."

Diletakkan testimoni produk :)





Terima Kasih kerana sudi membaca. 

Jangan biar 'Monday Blues' menganggu anda!

Kebiasaannya, semua pekerja atau pelajar akan kembali semula ke tempat kerja atau sekolah pada hari isnin   setelah bercuti selama dua hari. Apabila isnin menjelang, kadang-kadang pada petang ahad dah terasa bahang kemalasan dan kemerosotan motivasi. Adakah anda pernah rasa tidak?

Term yang selalu kita dengar untuk mengambarkan situasi ini adalah Monday Blues. Kemalasan dan keadaan tidak selesa ini akibat daripada tranformasi dari hari yang kita boleh lakukan apa yang kita suka kepada hari yang kita perlu lakukan apa yang kita disuruh (amboi..panjangnya..).


Ini KSG nak kongsi beberapa tips yang boleh diguna pakai:-

1.Mind set
Selalunya KSG akan setkan minda sebegini 'Esok Kerja Tau'. Ini adalah untuk memastikan minda KSG tidak terkejut apabila bertugas nanti. 

2.Buat to do list
Selalunya kerja akan bertimbun akibat kita tinggalkan semasa cuti. Selalunya selepas kita bercuti, kita akan sedikit lost apabila bekerja semula. Oleh itu, KSG akan buat simple to do list untuk esok dan selalunya disimpan di dalam hp sahaja.(Jangan peningkan kepala dengan perkara tidak perlu)

3.Positif
Selalunya mood kita adalah efek dari apa yang kita rasa tentang perkara tersebut. Jika fikir positif, mood kita akan menjadi positif. Oleh itu, KSG akan bayangkan KSG tidak sabar untuk bekerja esok. Alhamdullilah, tiada masalah mood yang tidak baik pada pagi isnin yang indah.

4.Motivasi 
Selalunya KSG akan cari sesuatu yang akan memberi motivasi kepada KSG untuk hadir ke tempat kerja. Sebagai contoh, cafe di tempat kerja itu makanannya sedap-sedap untuk ke sana kita kena hadir ke tempat kerja. (Contoh sahaja ye..) 




Itulah serba-sedikit sharing daripada KSG dan diharap ia berguna kepada KSG sendiri dan juga anda semua.

Terima Kasih kerana sudi membaca, KSG nak juga dengar pendapat anda semua. :)




Saturday, September 8, 2012

Semoga berjaya adik-adikku di dalam peperiksaan UPSR :)

Minggu depan adik-adik, anak-anak atau cucu-cucu kita akan menghadapi peperiksaan UPSR 2012. Kebiasaannya mereka dalam keadaan tengah gemuruh, bertungkus-lumus atau mungkin ada yang sedang tenang kerana sudah mengulang kaji awal.

Tidak lupa juga Ibu bapa yang sekarang bertungkus-lumus juga dan tidak senang duduk apabila musim peperiksaan bermula. Ada yang bercuti kerana ingin memberi sokongan moral kepada anak mereka. Bagi yang beragama islam tidak putus doa-doa dipohon semoga anak mereka dapat menjawab peperiksaan dengan baik.Semoga Allah merahmati doa-doa anda semua ya.

Disini KSG ingin mengucapkan selamat berjaya kepada adik-adik yang menduduki peperiksaan UPSR. KSG mendoakan kejayaan adik-adik di dalam peperiksaan UPSR. (Jika ada yang terbacalah) :)

TERIMA KASIH :)