Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

Semoga berjaya adik-adikku di dalam peperiksaan UPSR :)

Minggu depan adik-adik, anak-anak atau cucu-cucu kita akan menghadapi peperiksaan UPSR 2012. Kebiasaannya mereka dalam keadaan tengah gemuruh, bertungkus-lumus atau mungkin ada yang sedang tenang kerana sudah mengulang kaji awal.

Tidak lupa juga Ibu bapa yang sekarang bertungkus-lumus juga dan tidak senang duduk apabila musim peperiksaan bermula. Ada yang bercuti kerana ingin memberi sokongan moral kepada anak mereka. Bagi yang beragama islam tidak putus doa-doa dipohon semoga anak mereka dapat menjawab peperiksaan dengan baik.Semoga Allah merahmati doa-doa anda semua ya.

Disini KSG ingin mengucapkan selamat berjaya kepada adik-adik yang menduduki peperiksaan UPSR. KSG mendoakan kejayaan adik-adik di dalam peperiksaan UPSR. (Jika ada yang terbacalah) :)

TERIMA KASIH :)