Tuesday, June 25, 2013

Trip ke Bukit Tinggi, Padang Indonesia - Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka

Jika ke Bukit Tinggi, Padang, Indonesia, tidak sah jika anda tidak singgah sebentar di Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka. Setelah melalui selekoh-selekoh maut Kelok 44, Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka sesuai untuk menjadi tempat melepas lelah sebentar. Pasti ramai yang tahu bahawa Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA lahir di Bukit Tinggi.

Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka kelihatan seperti rumah minang lain dan tidaklah terlalu besar. Mengikut info dari tour guide, Museum ini terletaknya tapak asal rumah Hamka dan 70% kos pembinaan semula rumah tersebut ditaja oleh Angkatan Belia Islam Malaysia.

Size rumah ini tidaklah terlalu besar dan agak sesak juga jika satu rombongan masuk ke dalam rumah ini secara serentak. Tiba di dalam rumah ini, anda akan menyaksikan koleksi-koleksi buku yang ditulis oleh Buya Hamka, tongkat-tongkat dan paling menarik jubah yang dipakai oleh beliau semasa mendapat anugerah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kepada yang ingin membawa pulang buah tangan dari Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka, anda boleh dapatkan karya-karya beliau yang terjual di dalam rumah tersebut. Harga? Harganya kalau diikut kiraan KSG agak sama dengan apa yang ada di Malaysia. Sebagai contoh karya 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' dijual dengan harga 100000 rupiah yang mana jika diconvert lebih kurang rm30. Harga yang sama terdapat di Malaysia.

Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka, Bukit Tinggi Padang Indonesia

Antara koleksi buku Buya Hamka

Karya Buya Hamka yang dijual 


No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)