Tuesday, March 27, 2012

Best ke Kelantan? Dari Shah Alam ke Kota Bharu (Ep 3) - Maggi Ketam!

Malam hari kedua di Kota Bharu, aku berpeluang keluar berjalan-jalan untuk melihat ibu negeri Kelantan ni di waktu malam selepas selasai tugasan di pagi hari. Jalan di Kota Bharu tidaklah terlalu sesak, walaupun hari tersebut adalah hari jumaat (Kelantan cuti jumaat dan sabtu). Oleh kerana di Kelantan aku hanya menumpang manager2 aku, aku follow je dorang g mane dan semestinya mereka sudah arif aktiviti di Kelantan ni. Akhirnya, mereka berhenti makan malam di sebuah kedai makan yang menjual 'maggi ketam'. Mula-mula, aku tertanyalah juga rupa bentuk 'maggi ketam' ni, maggi perisa ketam ke, maggi dengan daging ketam ke? Rupanya, Maggi dengan kuah special dan seekor ketam. Ya diulangi, dengan seekor ketam. Rasa dia? Boleh tahan sedap..Kuah dia ada sikit rasa maggi kari, lepas makan maggi, boleh ratah ketam sehingga cebisan daging terakhir. Kalau datang Kelantan, jaga lupa try ye. Harga sepinggan 'Maggi Ketam' ini adalah rm15 sahaja. : )

Ini adalah rupa maggi ketam sebenar

Ini adalah rupa orang makan maggi ketam sebenar.. :)

2 comments:

  1. hi mona taslim.. saya akan melawat blog awak dan saya dah follow blog awak tu..

    ReplyDelete
  2. tahniah kerana terpilih sbg salah seorg pemenang segment review BBNR. sila kunjungi ke:
    http://nienaryonie.blogspot.com/2012/05/review-bbnr-3-4.html.
    perkongsian ini harap dapat membantu. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)