Sunday, March 25, 2012

Best ke Kelantan? Dari Shah Alam ke Kota Bharu (Ep 2) - Persekitaran di Kelantan

Yaaa..hari itu aku dah cerita serba sedikit..perjalanan aku ke kelantan, kali ini aku nak cerita sedikit persekitaran Kelantan mcm mana..

Lepas check in kat tune hotel, aku turun ke Hayaki Cafe untuk makan tengahari. Hayaki Cafe ini dipilih kerana ia terletak btul2 di bawah Tune Hotel ini. Beroperasi  24 jam, hidangannya boleh tahan sedapnya dan harga pun x mahal sangat. Untuk makan tengahari ini, aku order 'mee kari' dan 'teh tarik' (x special punkan). hahaha.. Yang paling penting kat sinilah aku first time try lagi satu hidangan iaitu 'pulut mangga'. Member aku kata 'pulut mangga' ni famous kat Kelantan. Betul ke? (Komen sikit)..Biasalah first time datang Kelantan, kalau orang cakap KFC dari Kelantan pun aku percaya. hahaha.. By the way, kalau korang datang ke Kelantan ni, ko trylah rasa 'Pulut Mangga' ni. Pulut yang dihidangkan dengan Mangga Segar, dimakan bersama Santan. Pergghh..mula2 memang mcm nak x nak je try, dah try.. habis sepinggan disetelkan.

Inilah Pulut Mangga
Untuk meluang masa lapang di sana tetapi agak keletihan, aku jalan2 ke KB Mall di sebelah. KB Mall ini seperti Mall biasa je mungkin aku leh gambarkan sebagai Plaza Alam Sentral kot kalau kat Shah Alam. Di dalam KB Mall ada jual mcm2 tetapi yang paling pelik ada sebuah kedai motor di tingkat 3 KB Mall ni. Anda boleh dapatkan spare part untuk motor anda di KB Mall ini. Dah round2 dekat KB Mall, last2 teringin plak nak try main bowling dekat KB Mall ni. Di dalam KB Mall terdapat sebuah tempat bowling bernama 'Pasific Bowl'. Tempat bowling oklah, cuma mungkin kurang servis sikit kot, lane pun banyak yang rosak. Tapi yang penting, dapatlah hilangkan gian bermain bowling kat sini. huhuhuhu..

Kalau korang ke Kelantan ini, korang akan rasa sedikit perbezaan. Setiap Signboard jalan, kedai dan billboard mesti akan ditulis dengan tulisan jawi. Mengikut info daripada orang-orang sana, mereka wajib meletakkan tulisan jawi di signboard mereka di setiap iklan, signboard dan lain-lain. So antara aktiviti aku di sana adalah mengeja nama-nama kedai dan billboard dalam tulisan jawi, kadang2 tersenyum sendiri gak. hahaha. Bagi aku, benda ini tersangatlah bagus kerana memartabatkan tulisan Jawi dan jujur aku katakan aku agak bangga berada dalam persekitaran begini. hahaha.
Bunting Iklan

Dekat Stadium

Billboard yang menutup aurat (Sempat juga Snap)

Berakhirlah episod kedua, hahaha.. kepada yang membaca terima kasih ya..




2 comments:

  1. tune hotel kat sebelah kb mall.hukhuk
    kena g pcb plak lepas nie..
    ataupon rantau panjang..hahaha
    baru syok :)

    pe2 pon, pulut mangga tu mmg best.
    jgn lupa try nasi kerabu ^^

    ReplyDelete
  2. hahaha..
    yup..tune hotel di KB Mall..

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)