Saturday, February 18, 2012

/|Thursday Night Futsal @ U One Sport Centre|\

Halo2..

Futsal! Itu je sukan yang aku mampu main lagi.. hahaha.. adakah disebabkan faktor umur yang meningkat atau berat badan yang meningkat? (hmm..umur kot).

Post untuk kali ini adalah sedikit sharing dari aku untuk semua. Khamis malam yang lepas, tempat keje aku ada jalankan satu pertandingan futsal tertutup di U One Sport Centre, Bukit Raja. Yang menariknya, team mate dipilih mengikut undian (Maksudnya kita xkan tahu, kita akan bermain untuk team mane). Bagi aku ini agak menarik kerana ini dapat merapat hubungan antara rakan sekerja. Yang mendaftar untuk bermain pada hari tersebut ada 20 orang dan dibahagikan kepada 4 team. Pertandingan futsal ini dijalankan dalam bentuk liga, dengan stamina yang kurang inilah aku harungi ke semua game. (Penat bro!) Pertandingan ini lebih kepada aktiviti mengeluarkan peluh selepas terperap di dalam office di pagi hari dan yang penting kami dapat gather bersama-sama. Yelah, kadang-kadang kita susah jumpa antara sama lain sebab masing-masing sibok dengan hal masing2.
Lampu-lampu U One Sport Centre, Bukit Raja

Tiang gol yang banyak berjasa pada malam tersebut!

Referee paling cemerlang pada malam tersebut dengan hanya memerhati dari luar sahaja


P/S: Team aku champion malam tu! Bongkak Sikit!

Wednesday, February 15, 2012

/|Snappy Day|\

Al kisahnya, petang isnin cuti yang lepas.. aku bosan gile2, aku baru sedar rakan-rakanku sume dah berkerja. Apa lagi, petang tu aku terus ke Extreme Park Sementa. Dulu masa kurus-kurus selalulah ke sini, skrang datang lepak2 sahaja. Sekarang ni aku baru nak belajar guna kamera DSLR, itu pun adikku punya. Ini adalah beberapa gambar dapat ku snap.







P/S: Otai-Otai jangan gelak ye, saya budak baru belajar..kalau salah tolong tunjukkan.. 
Piunnnggggggg Kebabooooommmm!!!

/|Siapakah Bosko Balaban?|\

Masih lagi teringat2 kemenangan Selangor semalam. hahaha. Semalam juga adalah pertama kali pemain import baru Selangor bermain di dalam Liga Super 2012 iaitu Bosko Balaban. Siapakah Basko Balaban? Mane Selangor dapat dia? Selepas klik sana dan sini, baru aku tau Bosko Balaban ni bukan calang2 orang rupenya. Pemain negara Croatia ini pernah bermain untuk Rijeka (team kampung dia), Dinamo Zagred, Aston Villa (perghhh..org epl) dan Panionios sebelum bermain untuk Selangor. Balaban ni pernah disenaraikan oleh surat khabar Times 50 pemain bola paling teruk semasa dia bermain untuk Aston Villa. Balaban ini adalah pemain yang sudah dilupakan di Croatia tetapi harapan aku adalah biarlah dia menjadi penajam barisan serangan Selangor.
Inilah Pemain Import Selangor terbaru tu Basko Balaban


P/S: Bila Stadium Selangor nak siap renovate ni? Stadium Bukit Jalil jauh sgtlah..