Sunday, March 25, 2012

Best ke Kelantan? Dari Shah Alam ke Kota Bharu (Ep 1) - Perjalanan ke Kelantan

Hai korang,

15/3/2012 hingga 18/3/2012 aritu aku berpeluang ke Kelantan Darul Naim atas sebab tugasan di sana. Ini adalah first time aku jejakkan kaki aku ke negeri Kelantan ni. Mula2 banyak persoalan yang bermain di fikiran aku tentang kelantan ni. Jujurnya, ada yang positif dan negatif..haha..Trip untuk kali ini adalah selama 4 hari dan 3 malam.

Jam 6.45 pagi 15/3/2012, aku bertolak bersama seorang rakan sekerja ke Kelantan dari Shah Alam dengan menggunakan sebuah kereta saga blm. Sebelum tu ada gak buat sedikit research jarak perjalanan ke kelantan dari Shah Alam iaitu lebih kurang lebih kurang 500 kilometer (Agak2) dan mengambil masa 8 Jam. Tu yang dah ready untuk menghadapi perjalanan yang agak lama. Bagi sesiapa yang belum pernah ke Kelantan mengunakan jalan darat, keadaan jalan ke sana agak sederhana, kebanyakkan jalan hanya mempunyai satu lane dan agak berbahaya. Dalam perjalanan ke Kelantan, aku telah bertemu dengan beberapa kemalangan jalan raya so kepada semua diharap sentiasa berhati-hati ketika memandu. Semasa di dalam, korang akan menikmati beberapa permandangan menarik kerana korang akan melintas beberapa kampung, hutan2 dan bukit-bukau. Untuk trip kali ni 2 destinasi yang kami pilih untuk berehat, kami hanya berhenti bersarapan di Bentong dan berehat sebentar di Gua Musang (Bagi aku Gua Musang  adalah tengah2 perjalanan antara Selangor dan Kelantan). 2.30 petang, aku selamat tiba di Kota Bharu. Sampai sahaja di Kota Bharu, terus check in di Tune Hotel Kota Bharu. Tune Hotel terletak betul-betul bersebelahan KB Mall. Kepada sesiapa yang ingin travel di dalam Malaysia ini, aku syorkan korang pilih tune hotel kerana tersangatlah jimat dan selesa.

Masa sarapan di Bentong sempat snap gambar ini sahaja, cuba teka di mana lokasi ini?

Antara pemandangan semasa on the way ke Kelantan

Hujan di beberapa kawasan semasa di dalam perjalanan


Jam sikit, sebab ada eksiden selepas bertolak dari Gua Musang.

p/s: sori jika gambar kurang menarik..

Thanks u all..

Thursday, March 22, 2012

Apakah itu 'One Ok Rock'?

Hi korang, lama betul aku x update Blog! hahaha..

Ok! hari ini aku nak kongsi ngan korang satu band dari Jepun iaitu One Ok Rock. Apakah maksud One Ok Rock? Daripada sumber mengatakan dorang dapat nama ini berdasar perkataan 'One o'clock', waktu dorang selalu jamming2 dan seperti korang tau orang jepun ni kebanyakkan pelat sikit sebutan bahasa rumi ni. Untuk memudahkan dorang sebut dan warga-warga Jepun yang lain dorang guna nama One Ok Rock ni. Hmmm.. Aku start dengar nama band ni masa aku belajar dekat Uniten Muadzam Shah, malam2 xde apa yang menarik yang boleh dibuat selain berkunjung ke bilik rakan untuk mendengar lagu. Aku tertarik dengan riff-riff band ni walaupun antara korang rasa mcm biasa je. Bagi aku agak kreatif untuk band yang mempunyai 3 orang anggota yang bermain alat muzik. Lagu yang korang patut dengar dulu adalah "Kanzen Kankaku Dreamer". : )


Monday, March 5, 2012

Sebok-sebok sangat

hai korang!

lama siot aku x menulis kat blog ni.. buzy sangat minggu ni.. x menang tangan..menang kaki je..hahahaha..(jadi ke lawak ku ni?) hmm..walau apa pun..aku akan start tulis sikit dalam minggu ni.. blog mcm x best je..kalau sunyi..kepada yang sudi follow blog yang x seberapa ni..aku ucap terima kasih banyak2..hahaha..thanks..

Bye..