Showing posts with label Legasi Pejuang. Show all posts
Showing posts with label Legasi Pejuang. Show all posts

Wednesday, September 5, 2012

Novel Rebiu: Legasi Pejuang


Legasi Pejuang - Arman Jazee
Untuk rebiu novel kali ini, KSG ingin memperkenalkan kepada anda sebuah lagi novel aksi. Novel yang perlu dimiliki oleh peminat-peminat novel-novel melayu yang tidak fokus kepada kisah cinta. Novel ini yang mana antara novel terbaru diterbitkan alaf 21 berjudul Legasi Pejuang. Novel aksi bertemakan perang pejuang-pejuang Islam berusaha mendapatkan keamanan ini ditulis oleh seorang bapa kepada 3 orang anak iaitu Arman Jazee.

Legasi Pejuang yang mempunyai ketebalan 586 muka surat ini menceritakan tentang seorang rakyat Malaysia yang bernama Syed Kairi yang pada mulanya adalah seorang despatch biasa kemudian akhirnya menjadi pejuang anti-zionis yang hebat. KSG suka bagaimana penulis menukarkan watak Syed Kairi yang pada awalnya tidak digambarkan sebagai seorang yang hebat bertukar menjadi seorang yang pejuang bernama Muaz yang hebat. Anda akan disajikan dengan aksi-aksi ala komando dan kisah kehidupan seorang pejuang Islam yang sentiasa diburu oleh musuh.

Walaupun ketebalan novel ini agak tebal, anda pasti tidak bosan untuk membaca novel ini kerana penulis bijak mengunakan kreativiti beliau untuk memastikan cerita tidak berulang-ulang dan terlalu boleh dijangka. Bahasa yang digunakan juga tidak terlalu tinggi dan sesuai untuk bacaan santai. Yang pasti, novel ini mempunyai kualiti yang tersendiri dan setanding dengan novel-novel aksi lain di pasaran. Dengan harga yang berbaloi iaitu RM23, anda sudah mampu memiliki novel Legasi Pejuang nukilan penulis berbakat ini.