Friday, January 25, 2013

Bijak menjana pendapatan: Pendapatan harian, mingguan, bulanan dan tahunan?

Beberapa hari yang lepas, KSG berpeluang untuk berjumpa dengan seorang rakan. Beliau merupakan seorang penulis dan juga usahawan yang semakin meningkat maju bisnesnya. Sambil sembang-sembang dan mencicip teh tarik segelas. KSG kusyuk mendengar beliau berceritakan tentang pendapatan harian, mingguan, bulanan dan tahunan. Elok rasanya KSG kongsikan kepada anda semua tentang konsep menjana pendapatan ini. 

Dalam dunia yang betul-betul memerlukan kita hidup dengan competative ini. Pendapatan tidak dapat disangkal amat penting walaupun kita hanya sementara disini. Cabaran yang perlu dihadapi oleh setiap orang hanya adalah dengan bergantung kepada satu sumber pendapatan. Mana tidak mencabar, kita gunakan satu sumber untuk dipecah-pecahkan kepada pelbagai expenses wajib setiap bulan. (Pelbagai bil, kereta, rumah dan lain-lain lagi). 

Hari ini KSG nak kongsikan tentang pendapatan harian, mingguan, bulanan, dan tahunan. Sebelum itu, KSG ingin menegaskan kepada anda semua, ini bukanlah formula yang perlu digunakan bulat-bulat. Anda boleh variasikan dengan diri anda sendiri. 



1. Pendapatan harian atau mingguan 
Pendapatan yang anda boleh dapatkan wang secara cepat dan tangkas. Sesuatu yang menjamin kepada cash sales. Maksudnya barang keluar, duit masuk. Biasanya jumlah kemasukkan agak sikit daripada pendapatan tahunan atau mingguan.

Sebagai contoh: 
1.Bisnes yang memerlukan pelanggan membayar secara tunai.
2.Barangan yang tidak putus demand 
3.Bisnes makanan, top up dan ceramah agama. 
4.Pendapatan active.


2. Pendapatan bulanan atau tahunan
Pendapatan yang memerlukan anda menunggu untuk mendapatkan pembayaran. 

Sebagai contoh:-
1.Bisnes yang bermusim (Ada musim laju, Ada musim xde sales langsung)
2.Pulangan tinggi dan berbaloi nak tunggu lama2
3.Bayaran gaji bulanan (Untuk yang kerja makan gaji)


Contoh aplikasi dalam kehidupan:-

Razman mempelbagai sumber pendapatan beliau. Beliau berkerja makan gaji disebuah syarikat swasta di Shah Alam. Setiap pagi beliau akan membawa nasi lemak untuk dijual di pejabat. Untuk mengelakkan menganggu waktu kerja, beliau meletakkan nasi lemak tersebut di pantri dan sebuah tabung disitu. Duit tersebut digunakan sebagai modal untuk menjalani kehidupan seharian seperti kos ke tempat kerja dan duit makan tengahari. Akhir bulan, beliau akan mengunakan gaji bulanannya untuk menampung bil-bil bulanan. Selain itu, dia juga melaburkan duitnya dan hasilnya akan dikutip pada akhir tahun. 

Itulah serba sedikit tentang perjelasan tentang sumber pendapatan harian, mingguan, bulanan dan tahunan ini. KSG sedang cubi aplikasikan dalam kehidupan, doakan KSG berjaya ya! 

Apakah pendapatan harian, bulanan, mingguan dan tahunan anda? Jom kongsikan. 

Terima Kasih

3 comments:

  1. terima kasih diatas perkongsian.....

    ReplyDelete
  2. good luck bro.. di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan :)

    ReplyDelete
  3. Saya amat setuju dengan artikel ini. Ramai org yang makan gaji pun perlu mula berjinak2 dengan dunia bisnes untuk menjana wang harian secara tunai. Tak banyak pun takpe asalkan ada sumber pendapatan alternatif. Jangan bila tiba musim raya je baru nak cari tapak pasar ramadhan, jual kuih raya ataupun menjahit. Boleh buat sepanjang tahun apa.

    ReplyDelete

Assalamualaikum! Hai! Terima Kasih kerana sudi meninggalkan jejak anda ;)