Tuesday, January 14, 2014

T-shirt "Let's Solah" by POSITIBO

Hari ini KSG nak kongsikan tentang sehelai T-shirt yang dihasilkan oleh POSITIBO. Untuk makluman POSITIBO bermaksud positive. POSITIBO mengunakan tagline "Berdakwah tanpa jubah". KSG diberitahu ini bukanlah sebagai tanda mereka menolak para-para ustaz tetapi mengalakkan orang ramai mengunakan alternatif lain. 

Rakan-rakan blogger, jangan lupa untuk support POSITIBO. Semoga usaha mereka mendapat rahmat dari Allah. :)

Untuk makluman lanjut, anda dijemput untuk borak-borak bersama POSITIBO di https://www.facebook.com/positibo


T-shirt 'LET'S SOLAH' by POSITIBO 

Size: s/m/l/xl/xxl
Material : 100% Cotton 190gsm
Pre-Order : sehingga 31/1/2014
Order akan mula dipos : 10/2/2014
Harga : RM40 + Free Shipping

Skala size (armpit to armpit)
s: 49cm
m: 51cm
l: 54cm
xl:55.5cm
xxl: 58 cm


1.Sila isikan detail di bawah untuk tempahan dan Private Message Positibo:

Nama :
Alamat :
H/P :
Kuantiti & Saiz :

2.Mohon tunggu respon dari POSITIBO

PM POSITIBO untuk maklumat lanjut.

Support us by like:
www.facebook.com/positibo

Tuesday, June 25, 2013

Trip ke Bukit Tinggi, Padang Indonesia - Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka

Jika ke Bukit Tinggi, Padang, Indonesia, tidak sah jika anda tidak singgah sebentar di Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka. Setelah melalui selekoh-selekoh maut Kelok 44, Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka sesuai untuk menjadi tempat melepas lelah sebentar. Pasti ramai yang tahu bahawa Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA lahir di Bukit Tinggi.

Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka kelihatan seperti rumah minang lain dan tidaklah terlalu besar. Mengikut info dari tour guide, Museum ini terletaknya tapak asal rumah Hamka dan 70% kos pembinaan semula rumah tersebut ditaja oleh Angkatan Belia Islam Malaysia.

Size rumah ini tidaklah terlalu besar dan agak sesak juga jika satu rombongan masuk ke dalam rumah ini secara serentak. Tiba di dalam rumah ini, anda akan menyaksikan koleksi-koleksi buku yang ditulis oleh Buya Hamka, tongkat-tongkat dan paling menarik jubah yang dipakai oleh beliau semasa mendapat anugerah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kepada yang ingin membawa pulang buah tangan dari Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka, anda boleh dapatkan karya-karya beliau yang terjual di dalam rumah tersebut. Harga? Harganya kalau diikut kiraan KSG agak sama dengan apa yang ada di Malaysia. Sebagai contoh karya 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' dijual dengan harga 100000 rupiah yang mana jika diconvert lebih kurang rm30. Harga yang sama terdapat di Malaysia.

Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka, Bukit Tinggi Padang Indonesia

Antara koleksi buku Buya Hamka

Karya Buya Hamka yang dijual 


Wednesday, June 12, 2013

Trip ke Bukit Tinggi, Padang Indonesia - Tasik Maninjau

Untuk ke Tasik Maninjau, anda perlu melalui jalan ke arah Gunung Sigalang. Nama gunung yang agak pelik ini mendapat nama dari perkataan Singgah Helang. Mengikut cerita orang tempatan, di atas gunung ini terdapat satu telaga yang dipanggil Telaga Dewi. Dipercayai air di telaga itu membuat orang yang mengunakannya awet muda. Percaya kepada kuasa Allah sahaja.

Untuk ke Tasik Maninjau, ada perlu melalui Kelok 44. Kelok 44 yang merupakan selekoh tajam. Bayangkan gaya pemanduan mereka apabila jalan digunakan agak kecil dan sesuai dengan bas yang berbentuk mini sahaja. Sebelum ke Kelok 44, anda akan melalui Anak Kelok 44 dahulu. Itu jika anda dari pekan Bukit Tinggi.

Tasik Maninjau ini adalah terjadi disebabkan letusan gunung berapi mengikut info orang tempatan. Di bawah Tasik Maninjau ini masih aktif lagi aktiviti Gunung Berapi dimana kadang-kadang menyebabkan objek seperti belerang timbul. Apabila kejadian ini berlaku industri perikanan yang dijalankan di situ akan mengalami kerugian akibat ikan-ikan mati.

Tasik Maninjau sangat cantik jika dilihat dari salah satu Kelok 44 ini. Tidak pasti anda di Kelok berapa? Jangan risau, terdapat nombor yang tertulis di setiap kelok/selekoh disitu. Tasik Maninjau agak cantik jika datang pada waktu siang kerana keadaan belum terik dan view yang lebih menarik. Sesuai kepada anda yang meminati bidang photography.

Disini juga ada penjaja kecil yang menjual barangan cenderahati seperti telekung, t-shirt dan macam-macam lagi. Harganya biasa-biasa sahaja dan membeli-belah bukan fokus di sana.

Tasik Maninjau , Padang, Indonesia