Tuesday, June 25, 2013

Trip ke Bukit Tinggi, Padang Indonesia - Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka

Jika ke Bukit Tinggi, Padang, Indonesia, tidak sah jika anda tidak singgah sebentar di Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka. Setelah melalui selekoh-selekoh maut Kelok 44, Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka sesuai untuk menjadi tempat melepas lelah sebentar. Pasti ramai yang tahu bahawa Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai HAMKA lahir di Bukit Tinggi.

Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka kelihatan seperti rumah minang lain dan tidaklah terlalu besar. Mengikut info dari tour guide, Museum ini terletaknya tapak asal rumah Hamka dan 70% kos pembinaan semula rumah tersebut ditaja oleh Angkatan Belia Islam Malaysia.

Size rumah ini tidaklah terlalu besar dan agak sesak juga jika satu rombongan masuk ke dalam rumah ini secara serentak. Tiba di dalam rumah ini, anda akan menyaksikan koleksi-koleksi buku yang ditulis oleh Buya Hamka, tongkat-tongkat dan paling menarik jubah yang dipakai oleh beliau semasa mendapat anugerah di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kepada yang ingin membawa pulang buah tangan dari Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka, anda boleh dapatkan karya-karya beliau yang terjual di dalam rumah tersebut. Harga? Harganya kalau diikut kiraan KSG agak sama dengan apa yang ada di Malaysia. Sebagai contoh karya 'Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck' dijual dengan harga 100000 rupiah yang mana jika diconvert lebih kurang rm30. Harga yang sama terdapat di Malaysia.

Museum Rumah Kelahiran Buya Hamka, Bukit Tinggi Padang Indonesia

Antara koleksi buku Buya Hamka

Karya Buya Hamka yang dijual 


Wednesday, June 12, 2013

Trip ke Bukit Tinggi, Padang Indonesia - Tasik Maninjau

Untuk ke Tasik Maninjau, anda perlu melalui jalan ke arah Gunung Sigalang. Nama gunung yang agak pelik ini mendapat nama dari perkataan Singgah Helang. Mengikut cerita orang tempatan, di atas gunung ini terdapat satu telaga yang dipanggil Telaga Dewi. Dipercayai air di telaga itu membuat orang yang mengunakannya awet muda. Percaya kepada kuasa Allah sahaja.

Untuk ke Tasik Maninjau, ada perlu melalui Kelok 44. Kelok 44 yang merupakan selekoh tajam. Bayangkan gaya pemanduan mereka apabila jalan digunakan agak kecil dan sesuai dengan bas yang berbentuk mini sahaja. Sebelum ke Kelok 44, anda akan melalui Anak Kelok 44 dahulu. Itu jika anda dari pekan Bukit Tinggi.

Tasik Maninjau ini adalah terjadi disebabkan letusan gunung berapi mengikut info orang tempatan. Di bawah Tasik Maninjau ini masih aktif lagi aktiviti Gunung Berapi dimana kadang-kadang menyebabkan objek seperti belerang timbul. Apabila kejadian ini berlaku industri perikanan yang dijalankan di situ akan mengalami kerugian akibat ikan-ikan mati.

Tasik Maninjau sangat cantik jika dilihat dari salah satu Kelok 44 ini. Tidak pasti anda di Kelok berapa? Jangan risau, terdapat nombor yang tertulis di setiap kelok/selekoh disitu. Tasik Maninjau agak cantik jika datang pada waktu siang kerana keadaan belum terik dan view yang lebih menarik. Sesuai kepada anda yang meminati bidang photography.

Disini juga ada penjaja kecil yang menjual barangan cenderahati seperti telekung, t-shirt dan macam-macam lagi. Harganya biasa-biasa sahaja dan membeli-belah bukan fokus di sana.

Tasik Maninjau , Padang, Indonesia

Tuesday, June 11, 2013

Trip ke Bukit Tinggi, Padang, Indonesia - Air Terjun Lembah Anai

Air Terjun Lembah Inai? Pasti Majoriti sesiapa yang melancong di Bukit Tinggi, Padang, Indonesia pasti akan singgah atau terlihat Air Terjun Lembah Anai ini. Kenapa? Ini kerana Air Terjun Lembah Inai terletak di tepi jalan raya tunggal dari Padang ke Bukit Tinggi. Jika anda ke Bukit Tinggi bersama Tour Guide pasti anda akan di bawa singgah di sini.

Air Terjun Lembah Anai ini agak cantik tetapi agak sempit sedikit. Hati-hati semasa menuruni tangga agar anda tidak terterjun tiruk ke dalam air. Pengunjung biasanya akan dicharge sebanyak 3000 rupiah untuk dewasa dan 2000 rupiah untuk kanak-kanak. Tidaklah mahal iaitu lebih kurang RM1 duit Malaysia. Selalunya jika trip bersama Travel Agency selalu dah berbayar.

Mungkin disini untuk anda mengambil gambar kenangan anda sebelum bergerak ke Bukit Tinggi. View yang agak cantik. Banyak juga kelihatan orang tempatan yang ambil-ambil gambar disini. Mungkin ini satu destinasi special bagi mereka juga.

Berdasarkan info orang tempatan, ramai orang akan membasuhkan muka untuk awet muda di air terjun tersebut. KSG cuba-cuba basuh muka tapi taklah yakin sangat untuk awek muda. Airnya dingin dan menyegarkan.

Air Terjun Lembah Anai, Bukit Tinggi, Padang, Indonesia



Monday, June 3, 2013

Majalah BOBOI muncul di pasaran JUN ini!

Majalah Komik Stylo Gila! Mungkin itu tagline majalah komik terbaru di pasaran iaitu BOBOI. Mungkin ramai yang mengenali BOBOI iaitu kumpulan pelawak Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan Nabil Raja Lawak yang pernah bertanding di Maharaja Lawak Mega 2012. Tak perlu memperkenalkan mereka ini kerana mereka sudah cukup dikenali oleh majaroti rakyat Malaysia.

Apa yang KSG ingin kongsikan adalah tentang majalah BOBOI. Ya! BOBOI tampil dalam bentuk majalah pula. Mungkin anda yang pergi ke Pesta Buku Selangor 2013 perasan dengan kehadiran booth BOBOI ini. Ada jual cenderahati BOBOI, t-shirt BOBOI, topi BOBOI dan paling penting majalah BOBOI.

Apa yang menarik tentang BOBOI? BOBOI menampilkan kartun berdasarkan filem-filem arahan Afdlin Shauki dan dikelakarkan lagi kartunis-kartunis terpilih. Berbeza dengan komik-komik yang lain. Usaha branding yang baik oleh saudara Afdlin Shauki.Tahniah ya! Harga yang ditawarkan adalah RM7.90 (Mampu milik berdasarkan gaji minimum yang dikenakan kerajaan). Berbaloi sangat! Antara barisan kartunis adalah Adal, Bobhairy, xsrizal, awi smiley, Akmal kuca, aie sulong Nik dan kartunis-kartunis yang oshem-oshem di tanah air.

Pelancaran untuk komik telah dijalankan di Pesta Buku Selangor 2013 pada 31 Mei 2013 yang turut dihadiri Afdlin Shauki sendiri. Akhir kata, tutup post ini dan dapatkan majalah BOBOI di pasaran sekarang!

Afdlin Shauki bersama barisan kartunis

majalah BOBOI