Wednesday, November 28, 2012

Mari memborong buku di Jualan Gudang Penghabisan Stok Kumpulan Media Karangkraf

klik untuk tumbesaran yang hebat. :)

Buka mata,tutup mata...dah sampai akhir tahun...Seperti biasa Kumpulan Media Karangkraf akan mengadakan jualan gudang sekali lagi untuk penyokong-penyokong tegar mereka. Kali ini, mereka menawarkan diskaun sehingga 80%.

Jualan gudang yang akan bermula pada 30 November 2012 akan menyajikan kepada anda diskaun-diskaun yang lebih luar biasa dari jualan gudang sebelum ini. Oleh itu, pastikan diri anda sudah tiba di jualan gudang ini pada jam 9.00 pagi dan gunakan sepenuh masa anda di sana sehingga jam 7.00 malam.

Antara promosi yang mengliurkan adalah ada buku yang akan dijual dengan harga semurah RM3. Selain itu, dapatkan novel-novel dan buku-buku terbitan Karangkraf dengan pakej-pakej menarik.

Antara pakej yang ditawarkan.. :)

Apa lagi? Jom pergi! :)


Sunday, November 25, 2012

Terbang ke Sarawak! Best ke Sarawak?

Salam Ceria Semua!

Apa khabar? Sihat atau tidak? Rasanya sudah hampir bersawang blog tanpa diupdate. Bukan hilang semangat cuma KSG agak kesibukkan untuk beberapa minggu ini. Alhamdullilah! Berjaya juga untuk menciptakan posting terbaru ini.

Baru-baru ni, KSG berpeluang untuk terbang ke Sarawak! (Lebih tepat lagi, Kuching)

Julung-julung kalinya KSG berada di sana membuatkan KSG betul-betul teruja. Ini adalah sedikit info KSG korek tentang Sarawak dari Mr Wiki. :)

Sarawak (Malay pronunciation: [saˈrawaʔ]) is one of two Malaysian states on the island of Borneo. Known as Bumi Kenyalang ("Land of the Hornbills"), Sarawak is situated on the northwest of the island, bordering the Malaysian state of Sabah to the northeast, Indonesia to the south, and surrounding Brunei. It is the largest state in Malaysia.

Sarawak adalah negeri terbesar di Malaysia. Ada juga dengar-dengar size Sarawak ni besar semenanjung tolak Melaka. Memang nampak besarlah kan? Kawasan di Kuching pun x sempat untuk dikunjungi dalam masa satu hari tau. 

Kek Lapis yang terkenal di Sarawak. Nanti KSG post ye tentang  Kek Lapis ni di Entri akan datang  



Hari ini KSG nak ceritakan tentang perancangan trip ke Kuching. Apa yang perlu anda tahu dan etc etc. 

1. Tiket Kapal Terbang
Sekarang tidak perlu risau, dengan Air Asia semua orang boleh terbang. Kos untuk ke Sarawak dari LCCT pergi balik dalam RM400 ke bawah jika anda booking awal. Pastikan anda booking awal untuk ke sana. 

2. Pengangkutan di Kuching
Ada beberapa pengangkutan di Kuching iaitu Kereta Sewa, Teksi dan Tour Guide. 

Kereta Sewa ada yang semurah rm100 satu hari mengikut jenis kenderaan dan itu pun belum masuk lagi kos duit minyak. Pastikan anda membawa GPS jika tidak biasa dengan jalan-jalan di Kuching. 

Teksi pula agak mahal kerana satu trip anda akan dikenakan charge dalam RM12 hingga ke RM30. Jika anda ingin mengunakan teksi, pasti kosnya agak tinggi kerana kawasan-kawasan di Kuching ini jauh-jauh belaka. 

Penggunaan Tour Guide lebih kurang memenatkan dan pastinya anda dapat mengunjungi lebih banyak kawasan perlancongan. Paling murah yang pernah KSG dengar adalah RM250. Kenderaan yang digunakan adalah Avanza. (Info dari Kak Shahriah Abdullah sebab dia guna khidmat ini semasa di sana) 

3. Hotel atau tempat bermalam
Di Kuching ada banyak hotel yang boleh dipilih oleh anda dari semurah rm70++. KSG bermalam di Hotel Abell yang baru dibuka pada tahun 2011 dan berdekatan dengan kawasan waterfront (tarikan pelancong di sana). Harga untuk bilik yang boleh membuatkan 2 orang itu berharga RM158++. Kalau seorang dalam RM79. 


Ok..itu serba sedikit tentang persiapan ke sarawak. Nanti KSG post entri tentang Sarawak nanti. Yang pastinya, Kuching sangat best! 

Saturday, November 24, 2012

Cungkil bakat menulis di Ilham Grup Buku Karangkraf

Anda seorang yang pakar dalam penulisan novel dan cerpen? Kawan-kawan anda kagum dengan bakat yang dipunyai oleh anda? Anda ada beberapa manuskrip yang telah siap tetapi tidak pasti di mana untuk pertengahkan bakat anda?

Jangan risau kerana semua manuskrip anda boleh dikongsikan di Ilham Grup Buku Karangkraf. Anda boleh menghantar bab demi bab atau hantar sekali harung manuskrip anda.


Ia adalah sebuah laman web untuk mempromosikan novel terbaru anda. Boleh dikatakan sebagai 'test power' untuk karya anda. Tidak ada bayaran dikenakan untuk anda memaparkan karya anda malah karya anda berpeluang diterbitkan di bawah terbitan karangkraf.

Ilham Grup Buku Karangkraf

Bagaimana teruja? Apa tunggu lagi. Mari beramai-ramai menghantar karya masing-masing ke Ilham Grup Buku Karangkraf. Mari lihat terma dan syarat untuk menghantar karya:-

Terma dan Syarat (Diambil dari Ilham Grup Buku Karangkraf)
  • Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
  • Karya yang dihantar sama ada novel dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris.
  • Pengkarya bebas memilih genre penulisan sama ada kekeluargaan, percintaan, thriller, seram, aksi, Islamik, travelog dan sebagainya.
  • Karya tidak pernah diterbitkan oleh mana-mana syarikat penerbitan
  • Setiap karya hendaklah tidak menyentuh isu-isu sensitif tentang perkauman, keagamaan, politik, seks dan lain-lain lagi.
  • Karya mestilah untuk bacaan umum. Karya 18SX, 18SG dan 18PL tidak akan disiarkan.
  • Karya yang diciplak daripada mana-mana sumber tidak dibenarkan sama sekali.
  • Cover yang diciplak daripada mana-mana sumber tidak dibenarkan sama sekali.
  • Karya di Ilham yang berkualiti dan paling banyak mendapat maklum balas positif daripada pembaca akan diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf dalam apa jua bentuk penerbitan. (Tertakluk pada terma dan syarat perjanjian)
  • Keputusan menerbitkan karya di Ilham dalam bentuk novel bercetak adalah hak pengurusan Ilham.
  • Tiada bayaran dikenakan kepada pengkarya apabila karyanya disiarkan di Ilham.
  • Pihak Ilham tidak bertanggungjawab jika karya yang tersiar di Ilham diciplak.
  • Karya yang mendapat aduan spam akan dihentikan dan tidak akan disiarkan serta-merta.
  • Karya yang diterbitkan dalam bentuk novel atau apa sahaja bentuk penerbitan akan mendapat bayaran royalti sebagaimana yang tertakluk dalam perjanjian yang ditandatangani oleh penerbit dan pengkarya. (Tertakluk pada terma dan syarat perjanjian).


Nak lihat contoh karya di Ilham di Grup Buku Karangkraf? Boleh lihat di sini.

Sekian Terima Kasih.

Selamat Mencuba :)