Tuesday, August 28, 2012

Truely Malaysia: Kisah Burger Jalanan


"Abang, burger daging satu! Sos lebih."

Mungkin seperti orang lain, KSG kenal makanan yang bernama burger dari Burger Jalanan. Burger Jalanan di jual di lorong-lorong, di tepi-tepi jalan dan merata-rata tempat lain. Majoritinya bertapakkan sebuah gerai sederhana besar, ditambahkan lampu kelip-kelip, Rak kaca bertampalkan menu dan kuali petak. Nama gerai pun kebanyakkan tidak lari dengan perkataan burger (Nampak atau tidak konsep tag digunakan?) Ramuan yang digunakan sos cili, mayonis, seasoning, serbuk kari dan macam-macam lagi. Ini adalah untuk menambah keenakkan burger masing-masing dan gagah dimata pelanggan-pelanggan. Kadang-kala, permintaan kita melampaui harga yang ditawarkan, ada yang minta semuanya lebih (Sos Lebih, Sayur Lebih...) dan ada yang minta semuanya kurang (Tak Nak Sayur, Sos kurang ya!) tetapi semua dilayan tanpa banyak dalih dan muka yang ceria.

Burger Jalanan telah menjadi punca rezeki sesetengah rakyat-rakyat Malaysia dan ada yang sudah bertahan hingga ke hari ini. Ada yang menjalankan bisnes ini secara part time dan ada juga menjalankan bisnes ini sepenuh masa apa yang penting Halal. Kaya atau miskin itu belakang kira ya!Walaupun semakin banyak fast food yang wujud di Malaysia, ia sedikit pun tidak memberi kesan kepada Burger Jalanan malah semakin banyak gerai Burger Jalanan yang wujud.


Entri ini dituju kepada abang-abang burger, makcik-makcik burger, awek-awek burger dan lain-lain yang berada di dalam industri Burger Jalanan ini. :)

KSG suka daging double special, anda suka apa pula? :)

Sunday, August 26, 2012

Kejadian yang selalu jadi di Plaza Tol di waktu puncak


Selamat pulang ke tanah air kepada yang baru sahaja tiba dari kampung. Maklumlah, kebanyakkan cuti raya warga-warga kota akan tamat. Bagaimana keadaan di jalan raya, sesak atau tidak?

Hari ini, KSG ingin berkongsi dengan anda semua kejadian yang selalu terjadi di jalan raya. Kejadian atau aktiviti ini dipanggil aktiviti rebut-merebut dan potong-memotong barisan semasa membayar tol. Ini amatlah menyusahkan orang lain dan akan menyebabkan kesesakkan lalu lintas yang melampau.

Gambar diatas ini, KSG rakamkan di sebuah Plaza Tol semasa minggu raya yang lepas. Kereta yang ditandakan dengan nombor itu adalah kereta yang sedang menuju ke lorong tol yang KSG tanda dengan warna hijau. Wow! puncanya adalah beberapa kereta menukar lorong disaat akhir dan ada yang cuba memotong barisan.

Kalau difikirkan, kenapa masih ada orang yang suka bersikap begini dan tidak mengamalkan sifat sopan santun di jalan raya. Apakah silap dan puncanya? Tepuk dada, tanya selera. :)



Saturday, August 25, 2012

Jom LIKE fanpage www.kisahsigemok.com

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

KSG telah mengunakan satu medium lagi iaitu Fanpage Facebook. Kepada yang mempunyai fanpage atau akaun facebook bolehlah like 'kisahsigemok fanpage'. Kalau dah like tu, promote link fan page anda pula di wall kisahsigemok tu. KSG tidak kisah punya. :)

Usaha anda dalam beberapa saat itu, sangat tinggi maknanya kepada KSG. Terima Kasih kepada yang sudi Like ya!


Novel Ngeri oleh Gina Yap Lai Yoong

Assalammualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

Cuti hari raya kali ini, kebanyakkan masa KSG dihabiskan dengan membaca koleksi-koleksi novel KSG. Maklumlah, KSG banyak melalui perjalanan panjang dan aktiviti menunggu orang untuk berkunjung ke rumah KSG. Akhirnya, KSG dapat habiskan sebuah novel iaitu Ngeri yang menarik.

Ngeri oleh Gina Yap Lai Yoong 


Seperti tajuk novelnya, Ngeri pastinya adalah sebuah novel thriller bukan novel cinta. Novel ini adalah hasil karya kedua Gina Yap Lai Yoong. Seorang rakyat Malaysia berketurunan Cina yang menulis dalam Bahasa Melayu. Sesuatu jarang berlaku di Malaysia tapi bagi KSG kehadiran penulis berketurunan Cina di dalam industri novel bahasa melayu adalah sangat baik. Mungkin (Pasti!) ini dapat mengembangkan idea dan industri novel di Malaysia. Kalau anda ingin mengenali beliau dengan lebih rapat, anda boleh ke ginayaplaiyoong.com.

Novel ini mengisahkan 3 orang mahasiswa filem (Belajar bidang perfileman) yang bercita-cita tinggi dalam bidang perfileman. Di dalam satu tugasan mereka diarahkan membuat satu filem pendek berdasarkan kreativiti mereka. Dukacitanya, skrip-skrip yang dihasilkan oleh mereka dengan menampilkan pembunuhan sadis telah ditolak bulat-bulat oleh lecturer mereka atas alasan cerita mereka tidak logik. Keadaan menjadi kelam-kabut, apabila setiap skrip mereka menjadi realiti dan 100% serupa dengan idea jalan cerita yang ditulis oleh mereka.Ini menjadikan mereka saling mencurigai antara satu sama lain. Persoalannya, adakah pembunuh kejam ini adalah salah seorang dari mereka?

Bagi KSG, novel ini adalah sangat simple dan ringan untuk dibaca. KSG berjaya menghabiskan novel ini dalam masa kurang 24Jam. Tidak meleret-leret dan sangat hollywood scene yang terdapat di dalam novel ini. Sesuai untuk pembaca yang sukakan novel yang mudah dihadam dan sebagai bacaan ringan semasa waktu santai. Cover novel yang menarik, kena dengan jiwa anak muda masa kini. Harga pun sangat berpatutan. Kepada anda semua, selamat membaca ya!

Terima Kasih




Friday, August 24, 2012

Mini Rabbitry KSG: Keluarga angkat arnab dicari!

Assalammualaikum kepada semua bloggers, readers dan rakan-rakan,

Hari ini KSG nak kongsikan 'Mini Rabbitry KSG'. Pada asalnya, hanya ada 2 ekor sahaja yang KSG beli. Seekor warna Putih dan Seekor warna Hitam tapi sayang nyawa yang hitam tidak panjang. Selepas itu, Mummy KSG belikan 2 ekor lagi arnab baru. Satu ada jambul di kepala dan satu lagi arnab biasa (Arnab Kampung). Begitulah asal-usul arnab yang terdapat di rabbitry KSG.

Baru-baru ini, generasi kedua arnab-arnab KSG telah lahir. Jumlah asal 3 ekor arnab di Rabbitry telah berkembang menjadi 9 ekor. Perkara-perkara membimbangkan adalah jumlah sangkar yang terlalu terhad. Disini kepada sesiapa yang berminat untuk membela arnab. Sila hubungi KSG ya dengan meninggalkan komen anda di bawah. :)

Ini adalah generasi otai. Dua-dua jantan. :)
Generasi kedua batch kedua bersama ibunya juga otai di  MINI RABBITRY KSG


Generasi kedua batch pertama KSG, ada dua ekor sahaja. Pandai buka pintu sangkar sendiri dua ekor ini.

Inilah keadaan di MINI RABBITRY KSG



Thursday, August 23, 2012

Rebiu Novel: Jerat oleh Dayang Noor

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan.

Novel untuk kali ini bertajuk Jerat. Jerat adalah hasil tulisan Dayang Noor dan merupakan novel pertama beliau. Novel kedua jika KSG tidak silap adalah bertajuk hilang yang keluar pada tahun ni. Novel Jerat ni, KSG beli di sebuah kedai buku di Alamanda Putrajaya.



Mungkin disebabkan Dayang Noor seorang eksekutif IT, novel Jerat ini terdapat banyak term-term IT yang digunakan. Mungkin pengalaman kehidupan sebenar Dayang Noor dalam bidang IT dicurahkan di dalam novel ini dan membuatkan suasana novel ini lebih realistik dan menarik.

Novel Jerat ini adalah antara novel misteri yang menarik di dalam koleksi KSG. Part-part suspen di dalam novel ini adalah sangat menjadi. Perasaan berdebar-debar itu ada semasa membuka satu persatu helaian novel ini. Insyallah anda tidak akan bosan membaca novel ini.

Oleh kerana KSG terlalu menghayati novel ini, part ending novel membuatkan KSG berasa sangat geram. :) Kenapa? Anda kena dapatkan sendiri ya novel ini. Selamat Membaca. :)    




Pengalaman beraya di rumah novelis Zaifulzaman (Novelis novel thriller)

Assalammualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan KSG,

Rakan-rakan bagaimana dengan raya anda? Seronok? Banyak dapat duit raya atau banyak memberi duit raya? KSG harap anda menyambut hari raya ini dengan happy :)

Pada hari raya pertama, KSG berpeluang untuk beraya di rumah seorang novelis genre seram atau thriller di Muar, Johor. Walaupun banyak kali berjumpa di pesta-pesta buku, ini adalah kali pertama KSG berpeluang ke rumah novelis yang bernaung di bawah syarikat alaf 21 dan Buku Prima ini. Mungkin ada antara anda yang mengenali novelis ini yang bernama Zaifulzaman Ahmad. Kalau yang belum kenal atau membaca karya Zaifulzaman Ahmad, anda boleh membeli karya terbaru beliau iaitu Bicara Sebuah Diari terbitan Buku Prima. Lepas ni, bolehlah try baca karya ini ya rakan-rakan. Mana tau melekat terus. :)

Zaifulzaman Ahmad ini adalah tersangat sempoi orangnya. Memang ada ciri-ciri seorang novelislah katakan. KSG ingin mengucapkan terima kasih kepada Bro Zaifulzaman Ahmad kerana sudi melayan kunjungan KSG dengan sangat baik sekali. Next time kita lepak lagi.

Inilah bro Zaifulzaman Ahmad dengan novel terbaru  'Bicara Sebuah Diari'

Hasil karya lukisan Bro Zaifulzaman Ahmad yang tersiar di Majalah. Berbakat bro kita ini.

Karya kartun yang lain :)

Keratan Surat Khabar yang menampilkan Bro Zaifulzaman sepanjang bergelar novelis.


Terima Kasih kerana sudi membaca.. Teruskan baca entri www.kisahsigemok.com yang lain ya! 

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya kepada semua Blogger dan Pembaca

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

Raya dimana tahun ini? Di kampung atau di bandar?

Walaupun anda di mana sahaja, KSG ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada pembaca dan Blogger yang mengenali www.kisahsigemok.com. Disini KSG ingin mengucapkan terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar dan membaca www.kisahsigemok.com selama ini.

Terima Kasih kerana menyokong www.kisahsigemok.com selama ini.

KSG juga ingin menyusun 10 jari untuk memohon maaf zahir dan batin jika hasil tulisan KSG menyakitkan hati anda, melukakan perasaan anda atau lain-lain kesalahan.

Terima Kasih

Selamat Hari Raya dan Mohon Maaf Zahir dan Batin.

Jangan lupa buat entri aktiviti raya anda ya! :)

Friday, August 17, 2012

Fenomena terbaru video PSY - 'Gangnam Style' yang meletop-letop di seluruh dunia

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

Adakah anda perasan atau merasai kehangatan fenomena tarian 'Gangnam Style' di Youtube, Facebook atau dimana-mana sahaja. Videoclip single terbaru PSY yang bertajuk 'Gangnam Style' ini baru sahaja muncul pada 15/7/2012 yang lalu tetapi sudah menjadi bualan masyarakat di seluruh dunia dan lebih menarik sudah lebih 30000 orang telah menonton video ini di Youtube dalam masa sebulan tersebut. Yang paling menarik videoclip ini siap telah dispotlight di CNN, jarang CNN sampai spotlightkan video clip lagu jadi berita.

Dengan kehangatan video asal lagu ini, tidak lupa juga kebanjiran video prodigy videoclip ini di Youtube. Menyebarkan lagi kehangatan fenomena ini. KSG tergelak-gelak tengok video asal dan video yang prodigy.(Mereka ajuk tarian PSY kaw3x..) :)

'Gangnam Style' videoclip sumber: Google


Apa yang menarik tentang videoclip 'Gangnam Style' ini adalah:-

1.Lagu
Lagu 'Gangnam Style' tersangatlah catchy. Walaupun dinyanyi dalam bahasa korea tapi anda akan terasa vibe lagu ini. Kepada peminat-peminat Kpop, mungkin lagu ini akan menjadi salah satu lagu feverat anda.

2.Choreography
Ya! Choreography yang sangat unik. Mungkin ramai akan terikut choreography di dalam video ini. Tarian menunggang kuda yang dipaparkan pasti membuat anda berpeluh jika anda mengikutnya. ERKKK..

3.Lucu
Banyak scene yang tidak boleh diterima akal dan pasti membuatkan anda terlopong. Kreatif dan lain dari yang lain. Videoclip yang ada kelas tersendiri.  :)

4.Selebriti lain ditampilkan
Beberapa selebriti Korea ditampilkan, Hyuna dari 4minutes, Yoo Jae Seok (Pelawak), Noh Hong Cheol (Pelawak), Daesung dari Big Bang dan Seungri juga dari Big Bang. Try2lah cari dorang dalam videoclip ini.


Info tentang PSY
PSY adalah seorang penyanyi rap dari Korea Selatan. Nama sebenar PSY  yang berumur 35 tahun ini adalah Park Jae-Sang. Album beliau pernah disaman dan dibanned atas sebab tertentu. 'Gangnam Style' adalah dari Album terbaru PSY setelah 2 tahun beliau tanpa apa-apa album.

PSY dalam babak videoclip 'Gangyam Style'. Sumber: Google


Terima Kasih kepada semua kerana sudi membaca. Kepada yang ingin menonton videoclip 'Gangnam Style' bole klik sini.


Posto-Posto: Dapat kad raya dari www.duniashida.com

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

Soalan pertama, adakah yang masih online lagi? hahaha. Aktiviti rancak di Facebook adalah aktiviti taging kad raya special hasil reka bentuk sendiri. Habis diperah idea untuk membuat kad raya digital masing-masing.

KSG telah selamat menerima kad raya dari bloggers yang lain. Kad raya ini KSG terima daripada www.duniashida.com. KSG baru sahaja mengenali admin www.duniashida.com ini. Terima Kasih kepada duniashida kerana sudi menghantarkan kad raya kepada KSG. :)





Terima Kasih.

Selamat Hari Raya. Maaf Zahir dan Batin kepada semua.

Pengalaman di Kampung Orang Asli Landap.. Adakah kita PEDULI?

Assalamualaikum kepada semua Bloggers,Readers dan Rakan-rakan,

Beberapa hari yang lepas, KSG sempat mengikuti program Ziarah Muhibah Kampung Orang Asli di Kampung Landap, Sungai Siput, Perak. Berdebar-debar jugalah kerana ini adalah pengalaman pertama KSG melawati kampung orang asli.

Untuk tiba di Kampung Orang Asli Landap, anda akan melalui beberapa Kampung Orang Asli lain, beberapa ladang kelapa sawit dan jalan yang berbukit-bukau. Kalau mengikut kiraan KSG, Kampung Landap ini tidaklah terlalu jauh ke dalam tetapi kenderaan yang boleh anda gunakan adalah semaksima lori 1 tan sahaja. Ini adalah kerana jalan untuk masuk ke Kampung Landap sangat sempit dan muat-muat untuk satu kenderaan sahaja pada satu masa. Kalau ada kenderaan yang berselisih kena pandai mengalah ya! Jom tengok gambar-gambar yang sempat KSG tangkap untuk tatapan anda semua.
Bangunan mula-mula sekali yang anda akan nampak apabila tiba adalah surau kampung  Landap. Surau ini tersangatlah uzur dan kecil. Mungkin boleh memuatkan 30 orang jemaah dalam sesuatu masa. 

Kedudukan muka bumi Kampung Landap adalah berbukit-bukau. Kepada anda yang ingin ke sini, sila kuatkan stamina anda ya! :)
Antara contoh rumah di sana, kebanyakkan rumah disini masih berasas kayu sebagai bahan binaan. Dalam satu rumah selalunya dikongsi beberapa keluarga. Bayangkan ya rakan-rakan. 


Cantikkan pemandangan disini? Kampung ini sangat bersih dan damai sebenarnya.
KSG sempat mandi-manda di sungai betul2 berhampiran kawasan perkampungan tersebut. Kebanyakkan yang mandi-manda di sini adalah penduduk kampung sendiri. Airnya sangat sejuk, jernih dan tidak terlalu deras. Memang puaslah mandi kat sini. :)
Antara anak-anak orang asli di sana. Sporting sangat mereka ni. :)
Kaum ibu dan wanita disana. Bangunan kat belakang tu dipanggil balai sewang.


Kadang-kadang, kita terlepas pandang orang-orang asli yang duduk nun jauh dari bandar-bandar maju sana. Kampung Orang Asli Landap ini sudah sedikit maju tapi bagaimanapun dengar sharing dari sukarelawan yang lain, still ada yang hidup lebih daif dari penduduk Kampung Orang Asli Landap. Tugas kita adalah sentiasa tidak membiarkan mereka ketinggalan dan ditindas oleh orang yang tidak berhati perut. Akhir sekali,       mari kita bertanya kepada diri kita, adakah kita betul-betul peduli?

Sekian Terima Kasih



Wednesday, August 15, 2012

Drama 'Adam & Hawa' 1 Novel 80 Episod - Pengalaman di Majlis Pelancaran Drama Adam & Hawa

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

Mungkin ramai yang sudah membaca novel Adam & Hawa, terbitan Alaf 21 yang juga anak syarikat Grup Buku Karangkraf. Pasti ramai yang tahu bahawa Novel karya Aisha Sofea ini telah pun diadaptasi oleh Global Station untuk dijadikan drama 80 episod di Astro Mustika HD bermula 27 Ogos 2012 ini.

KSG sempat ke Majlis Pelancaran Drama Adam & Hawa ini yang dijalankan di Floral Terrace, Hampshire Place, Kuala Lumpur. Sedap juga berbuka di sini. :)
Flora Terrace :)



Cantik dan makanan pun sedap di Flora Terrace 

Anyway, majlis pelancaran dan soal jawab drama bersiri berdefinasi tinggi ini yang akan ditayangkan di Mustika HD ini berjalan tepat 8.00 malam selepas majlis berbuka. Media-media mengambil peluang bertanyakan soalan kepada pelakon utama drama Adam & Hawa iaitu Aaron Aziz dan Nadiya Nisaa semasa sesi dijalankan.

Turut hadir adalah penulis asal karya Adam & Hawa iaitu Aisha Sofea. Mungkin ramai antara yang kenal penulis novel terlaris terbitan alaf 21 ini.Selain itu, ramai juga pelakon lain yang hadir semasa pelancaran drama bersiri Adam & Hawa ini.

Yang bertudung merah tu Aisha Sofea.

Komen KSG setelah melihat preview sedutan drama Adam & Hawa ini adalah drama Adam & Hawa akan mencetuskan satu fenomena baru dan perlu ditonton. Anda tidak akan rugi untuk melanggan Astro Mustika HD untuk menontan drama adaptasi daripada novel ini. Ingat! Jangan lepaskan peluang untuk menonton Drama Adam & Hawa yang akan mula ditayangkan pada 27 Ogos 2012, Isnin hingga Jumaat, 10 Malam di Astro Mustika HD.

Terima Kasih ya!

Tuesday, August 14, 2012

SUBCULTURE'S 20TH ANNIVERSARY LIMITED EDITION T-SHIRT - Baru raya sudah tiba!

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

KSG akhirnya telah menerima baju SUBCULTURE'S 20TH ANNIVERSARY LIMITED EDITION T-SHIRT hari ini. Sangat teruja kerana KSG adalah 100 pemilik t-shirt ini dan KSG telah membuat tempahan dari bulan lepas. Antara terawal kot, Maybe. Anyway itu tidak penting, yang paling penting Subculture adalah salah sebuah band punk rock otai di Malaysia ini. Untuk menunjukkan mereka ini adalah sudah lama di dalam industri, peminat-peminat di awal kemunculan mereka ada yang sudah berumur 30an. Setelah sekian lama band ini mendiamkan diri, akhirnya mereka muncul semula dengan lagu baru sejak kebelakangan ini di radio dan telah berkolaborasi dengan penyanyi Tilu iaitu Mira. Mari tengok baju raya KSG. :)

Pakej: Sebuah T-shirt dan 2 Buah Sticker

Gambaran Belakang
Gambaran depan !


  

Wednesday, August 8, 2012

Semangat Pocket Rocket Man patut dicontohi Atlet Malaysia yang lain

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

Tajuk perbualan rakyat Malaysia pada awal pagi ini adalah tentang Atlet lumba basikal Malaysia, Azizul Hasni Awang atau nama gelarannya Pocket Rocket Man beradu tenaga dalam final kirrin di Olimpik London. KSG sempat menonton final ini secara live di TV channel RTM 1.Akhirnya, seperti yang diketahui umum Azizul telah tewas dalam final tersebut.

Walaubagaimanapun, KSG sangat tertarik dengan semangat Azizul Hasni Awang semasa final itu berlangsung. Jika ingin dibandingkan size badan Azizul Hasni Awang ini, Azizul nampak comel dan sangat kecil dari peserta dari  negara lain. Lebih membanggakan, Azizul Hasni Awang peserta Asia tunggal dalam final acara kirrin ini. Azizul agak ketinggalan semasa di awal perlumbaan ini, Azizul menduduki tempat terakhir antara 6 peserta yang bertanding. Then selepas marshal yang naik basikal motor itu  keluar dari gelanggang atau lebih tepat masa peserta membuat pecutan terakhir, KSG terpegun tengok Azizul Hasni Awang buat pecutan awal dan memberi saingan kepada peserta lain. KSG tengok dah macam ada harapan Azizul nak menang  tetapi pada saat akhir, Azizul tewas juga. Apakan daya nasib tidak menyelebahi Malaysia.

Apa yang KSG nak tegaskan adalah kalah atau menang itu adat perlawanan atau pertandingan. Yang lebih penting adalah semangat juang dan semangat untuk berlawan yang tinggi. Agar kita tidak dilihat sebagai lawan yang mudah ditewaskan, sebagai pelengkap atau picisan dalam sesuatu pertandingan. Perlu diingatkan  kepada semua, seorang atlet Malaysia bukan hanya mewakili negara untuk sesuatu acara malah membawa maruah negara Malaysia di persada dunia. Akhir kata, Tahniah diucapkan kepada Azizul Hasni Awang a.k.a Pocket Rocket Man atas usaha yang ditunjukkan.


Terima Kasih kerana sudi membaca. :)

Tuesday, August 7, 2012

Lafran dan Gadis Tol - cubaan pertama


Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers, dan Rakan-rakan.

Hari ini KSG berminat untuk kongsikan sebuah karangan pendek yang ditulis oleh KSG. Tiada rangkaan awal yang dibuat semasa menulis karangan pendek ini, KSG cuba menceritakan sebuah cerita dalam beberapa perenggan, terus hantar dekat rakan KSG untuk jadi editor. Thanks kepada Kak Dill kerana sudi menjadi editor sambilan untuk karangan pendek KSG ini. KSG tahu Kak Dill agak terseksa menyunting karangan pendek ini. Semoga hati Kak Dill sentiasa berbunga-bunga. :)

Kepada anda semua, selamat membaca kisah 'Lafran' yang tidak seberapa ini. Komen anda adalah sangat dihargai oleh KSG. Terima Kasih. Cerpen pendek, karangan pendek, tulisan pendek or 'what ever you call it' ini tidak ada kena-mengena dengan orang yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Yang baik datang daripada Allah, yang buruk datang daripada kesilapan KSG. Selamat membaca. :)


Bismillahirrahmanirrahim
'Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang' 

 
Lafran dan Gadis Tol
 
Jam di dashboard jelas menunjukkan angka 6.23 minit. Petang itu, kepala Lafran terasa pening yang amat. Ternyata hari ini bukanlah hari yang baik untuk Lafran. Beberapa jam tadi, dia telah menjadi sasaran amarah bosnya kerana tidak membantu rakan pejabat menyiapkan tugasan yang terang-terang bukan tanggungjawabnya. Malah, dia punya tugasan yang lebih penting untuk diselesaikan.

“Kenapa awak tak bantu mereka kemas bilik setor?” bentak ketua jabatannya.

“Bukan ke bilangan mereka terlalu ramai untuk angkat hanya 4 kotak tu?” Lafran sengaja menjawab dengan pertanyaan juga. Sedikit sinis.

Encik Sukiman memandang tepat ke mata Lafran, menggerunkan bak seekor singa yang sedang lapar. “Awak kerja di syarikat ni, kenalah amalkan gotong-royong. Buat kerja ramai-ramai, rewang. Faham?” 

Lafran hanya menunduk dan sesekali mengangguk-angguk walaupun kata-kata Encik Sukiman tadi masih belum habis terproses di mindanya. 

***

Lafran semakin bosan. Sudah setengah jam kereta Kancil yang dipandunya cuba untuk melepasi kesesakan lalu lintas di Jalan Sungai Rasau. Sesekali dia tersenyum sinis. Ramai pemandu yang kurang ajar, cuba menghimpit di celah-celah kesibukan ribuan kenderaan. Ramai yang tidak sabar dan yang paling Lafran denguskan, ramai pemandu yang suka memotong barisan.

Lafran  mula menilai jauh. Mungkin nilai murni menuggu barisan tidak diajar di sekolah mereka. Atau, mungkin juga mereka tidak bersekolah. Mindanya berkira-kira. Kaki Lafran selang-seli memijak pedal minyak, clutch dan brek. Terasa bagaikan hendak tercabut kakinya. Tak semena-mena timbul rasa menyesal kerana mengendahkan nasihat temannya suatu masa dulu supaya membeli kereta yang bergear automatik. Namun apakan daya, hanya kereta Kancil merah terpakai manual ini sahaja yang mampu dia miliki.

Perasaan lega mula menjelajah ke segenap saraf Lafran apabila berjaya melintasi lampu isyarat di bawah jejambat bertingkat Lebuhraya Persekutuan. Jemari Lafran menari mengikut rentak musik di radio sambil dia menyanyi sekuat hati. Tidak diendah pemandu lain yang perasan kelakuannya. Mood Lafran semakin baik. Sebentar lagi dia akan bertemu dengan ‘kekasih’ hatinya.

***

2 minggu lalu...

“Assalamualaikum,” sapa gadis jurutol sejurus Lafran membuka tingkap keretanya. 

Gadis berambut panjang itu tersenyum manis sambil mengambil tiket transit yang dihulur Lafran. Tertera nama Zulaina di tepi pondok tol tersebut. Nama itu cuba diingat Lafran elok-elok.

“Terima kasih,” ucap Lafran sambil menerima duit baki yang dihulur tangan Zulaina yang bersalut sarung berwarna-warni.

Sejak detik pertemuan itu, hampir setiap hari Lafran melalui pondok tol yang dijaga Zulaina. Bagai mahu gugur jantung Lafran apabila ternampak kelibat sarung tangan warna-warni mengambil tiket transit kereta di hadapan. Ingin sahaja Lafran melanggar kenderaan yang memanjangkan penantiannya bertemu Zulaina. Apabila tiba giliran Lafran, dia sengaja membayar dengan duit besar. Sengaja ambil kesempatan untuk berlama-lama menatap wajah Zulaina semasa gadis itu sibuk mengira baki bayaran.

Hari ini Lafran tidak peduli. Dia tekad mengorak langkah. Dia bercadang untuk menyelitkan kad namanya sewaktu membuat pembayaran di tol yang dijaga Zulaina nanti. Berbunga-bunga hatinya apabila tiba di susur keluar menuju lebuh raya PLUS. Kad transit yang diambil pantas diselitkan dalam poket kemeja berjenama Pierre Cardin dengan corak kotak-kotak kecil merah, coklat dan putih yang dipakainya. 

5 minit kemudian, Lafran tiba di tol keluar Setia Alam. Ada 3 lorong tol bayaran tunai menyalakan lampu isyarat hijau. Minda Lafran meneka-neka lorong tol keluar mana yang dijaga gadis pujaannya. Tekaan Lafran tidak pernah salah, dia memilih lorong tol tengah kali ini. 

Namun, entah di mana silapnya, tekaan Lafran kali ini tersasar. Bukan Zulaina yang bertugas di pondok tol yang dipilihnya tadi. Lafran cemas, dia menoleh ke pondok tol di laluan kiri dan kanan. Tiada bayang-bayang sarung tangan warna-warni yang terlihat. Tiada kelibat gadis berambut panjang yang sering menjadi pemandangan indahnya. Tiada gadis bernama Zulaina bertugas petang itu.

Lafran kecewa sekali. Hari itu betul-betul hari yang malang buatnya.

Kekecewaan Lafran terus berlarutan sehingga ke hari ini. Sejak petang malang itu, Lafran tidak lagi menemukan Zulaina. Dia juga tidak lagi menggunakan lebuh raya PLUS. Dia lebih sanggup menempuh kesesakan lalu lintas di tol 60 sen untuk pulang ke rumahnya di Klang. Dia ingin sekali melupakan saat indah bertemu Zulaina setiap kali pulang dari kerja. Bagi Lafran, Zulaina adalah penawar istimewa yang dicipta untuknya apabila dia stres di pejabat, ketika dia sedih akibat gaji yang dipotong malahan apabila dia bengang kerana dimarah Encik Sukiman. 

***

2 bulan telah berlalu, Lafran menyusuri kaki lima kedai demi kedai di Plaza Alam Sentral. Tujuan dia datang ke pusat beli belah itu hanyalah kerana ingin membeli sehelai baju. Kemeja Pierre Cardin bercorak kotak-kotak kecil merah, coklat, hitam dan putih itu telah koyak. Dia perlu mencari pengganti baju tersebut kerana sudah tiada kemeja untuk dipakai ke pejabat pada hari Rabu. Lafran menyelak baju-baju yang dipamerkan. Masih belum ada yang berkenan di hati.

“Assalamualaikum.” 

Tangan Lafran yang sibuk menyelak helaian baju tadi terhenti. Hatinya berdebar-debar. Suara yang memberi salam itu sangat dikenali Lafran. Dia pantas berpaling lalu di hadapannya kelihatan sesusuk tubuh gadis. Zulaina tersenyum manis.

TAMAT

Sunday, August 5, 2012

Datuk Lee Chong Wei tidak berjaya memenangi pingat emas Olimpik

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

Tumpuan rakyat Malaysia pada hari ini adalah perlawanan final Badminton perseorangan lelaki Olimpik antara Datuk Lee Chong Wei dan juga Lin Dan dari China. Perlawanan bermula dengan baik apabila Datuk Lee Chong Wei memenangi set pertama perlawanan lalu memberi harapan kepada rakyat Malaysia untuk melihat Malaysia memenangi Pingat Emas di Olimpik London. Perlawanan menjadi lebih mendebarkan apabila Lin Dan berjaya memenangi Set Kedua.

Perlawanan di set penentuan agak sengit apabila mata Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan tidak jauh berbeza. Apa yang dapat dilihat, daya lawan yang sangat baik ditunjukkan Datuk Lee Chong Wei. Akhirnya, kemenangan jatuh ke tangan Lin Dan dengan mata 21-19. 

Walaupun begitu, kita perlu dan wajib memuji usaha Datuk Lee Chong Wei untuk memenangi perlawanan ini. Usaha keras beliau dapat dilihat sepanjang perlawanan ini berlangsung. Anyway, Malaysia mendapat sebuah pingat perak di Olimpik London 2012 ini dan kita rakyat Malaysia perlu menerima hakikat bahawa Datuk Lee Chong Wei tewas kepada Lin Dan pada hari ini.

Sekian Terima Kasih dari KSG.

Jom try increase traffic dengan mudah guna Traffic Exchanger oleh asiafans.net

banner

Assalamuaalaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

Arini nak perkenalkan sikit sebuah tool traffic exchanger oleh asiafans.net. Tool ini masih baru sebab tengok tidak ramai lagi menggunakan tool ini. KSG pernah pakai tool seakan sama untuk dapatkan like facebook tapi rasanya yang ini lebih efektik sebab traffik yang datang adalah berkualiti. Konsepnya sangat mudah, apabila anda melawat blog yang mendaftar anda akan mendapat coin, kemudian anda boleh gunakan coin tersebut untuk menarik pendaftar lain untuk kunjungi blog anda. Mudah bukan? :)

Tidak rugi untuk anda mencubanya ya! 
Untuk yang ingin mendaftar

1. boleh klik banner diatas itu. 
2. Kemudian terus klik register ya! 
3. Isikan detail diperlukan

Siap! Setel!

Selamat mencuba. 

Terima Kasih 

Bongkar Novel: Epilog 3 Naga

Assalammualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

Apa khabar? Untuk rebiu novel kali ini, KSG telah memilih sebuah novel yang agak baru iaitu Epilog 3 Naga. Ada yang sudah baca novel ini? Belum lagi? Semoga rebiu ini akan membuat anda terliur dan mengunakan sedikit bajet hari raya anda untuk membeli novel ini atau sedikit bonus raya anda (jika raya ini anda dapat bonus). Jika tiada bajet raya atau bonus raya, jangan risau pow sahaja duit raya anak-anak  atau adik-adik anda yang dapat duit raya. (Kidding!).

 

Novel ini adalah hasil karya Kaz Ishak. Kaz Ishak ini juga adalah seorang blogger, boleh usha-usha dia di Joni Jual Filem. Anyway, rasanya ini adalah first novel tulisan Kaz Ishak yang hanya berharga rm17.00 sahaja. Harga yang sangat berbaloi dan agak murah daripada novel lain. Apa yang dibawa oleh Kaz Ishak agak fresh dan maybe urban untuk novel terbitan Alaf 21. Mampu untuk menarik pembaca-pembaca muda bagi yang dahagakan kelainan dalam bahan bacaan.

Apabila anda buka helaian pertama, anda akan terasa seperti membaca sebuah hikayat pahlawan-pahlawan kuno. Mula- mula, KSG kena baca dengan pengamatan yang melangit dan cuba adapt bahasa melayu yang agak tinggi digunakan oleh Kaz Ishak. Anyway, sangat seronok apabila dapat hadam setiap bait tulisan dalam novel ini. Selepas beberapa helaian awal, anda akan disajikan pula dengan tulisan yang santai dan ringan pula. Diselang-selikan pula selepas itu. Kenapa pula begitu? Anda kena baca sendiri novel ini untuk tahu lebih lanjut. Bagaimana? Sudah terliur untuk membaca resepi unik hasil tangan Kaz Ishak?

Epilog 3 Naga ini mencerita tentang kehidupan seorang kongsi gelap. Ya! itu yang terpapar di blurb novel ini, 'Khalid tersilap memilih jalan hidup. Sedikit demi sedikit dia terheret ke kancah kumpulan kongsi gelap.' Apa yang boleh diperkatakan, kehidupan kongsi gelap yang diceritakan adalah side yang jarang diceritakan kepada umum. Watak yang sangat real, suka tengok watak dalam Epilog 3 Naga didevelopkan oleh Kaz Ishak. Sangat terserlah  hasil research yang banyak dan berkualiti tinggi oleh Kaz Ishak.  

P/S: Membaca novel ini juga akan membuat anda seperti menonton filem aksi. :)
Sila baca novel ini sampai habis ya! 

KSG try rebiu tanpa jadi spoiler dan semoga menjadi testimoni yang baik. Terima Kasih :) 


Friday, August 3, 2012

Buah tangan Istimewa dari Masterchef Shahriah Abdullah

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan

Hari ini KSG telah menerima buah tangan istimewa daripada Masterchef Malaysia Musim 1 dan juga rakan bloggers KSG iaitu Masterchef Shahriah Abdullah. Terharu gitu KSG apabila rakan tempat sekerja KSG sampaikan buah tangan daripada Kak Sha. Thanks Kak Sha, sorilah sebab lama tidak berkesempatan berjumpa dengan Kak Sha. Semoga Kak Sha dimurahkan rezeki ya! :)


Dalam beg itu ada macam-macam jenis biskut yang sedap2 :)

 Kepada yang nak jenguk blog Kak Sha, Boleh klik sini. Sebenarnya Kak Sha ada 5 Blog tau, yang ini adalah salah satu daripadanya :).

Thursday, August 2, 2012

Segmen: Pengalaman Menyambut Kemerdekaan Malaysia

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,


KSG terasa nak buat satu mini segmen bersempena bulan Ogos atau Bulan Kemerdekaan ini.Segmen ini diberi nama 'Pengalaman Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia'. Banner kat atas itu, KSG buat sendiri tau. Tujuan sebenar segmen ini adalah mengerat hubungan KSG dengan Blogger-blogger lain yang lebih hebat seperti anda semua sambil menyebarkan semangat patriotik kita semua.

Syarat-syaratnya adalah:-

1. Follow blog www.kisahsigemok.com
2. Like FB kisahsigemok
3. Buat entri bertajuk 'Segmen: Pengalaman Menyambut Kemerdekaan Malaysia oleh KSG'.
4. Lekatkan banner yang agak lawa diatas di entri tersebut dan linkkan ke entri ini.
4.Tuliskan pengalaman anda menyambut kemerdekaan di sekolah, di rumah , atau di mana-mana sahaja.
5.Selitkan erti kemerdekaan mengikut pendapat anda (Jika anda rasa perlu)
6.Tinggalkan link entri anda di bahagian komen dibawah ya!

Contoh: erti kemerdekaan untuk generasi baru (Tajuk lain tapi ada point pengalaman dan erti kemerdekaan KSG diselitkan)

Setiap peserta yang join, KSG akan:-
1. Follow blog anda semula.
2. Like Fan Page anda jika ada.
3. Buatkan satu entri setiap peserta tentang pengalaman yang ditulis.
4. Senaraikan semua peserta dan masukkan peserta didalam bloglist permenant kisahsigemok.

Tarikh tutup adalah pada : 31 OGOS 2012 

Terima Kasih kepada yang sudi join :)

 

Wednesday, August 1, 2012

Erti kemerdekaan untuk generasi baru

Assalamuaalaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan

Alhamdullilah, sudah tiba kita di bulan Ogos 2012. KSG tidak sedar yang KSG sudah berada hampir di hujung tahun 2012. Terasa sangat cepat masa berlalu. Bagi pelajar di sekolah mesti yang tengah bekerja keras untuk mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM sudah semakin dekat manakala yang sudah bekerja mesti sedang mencongak-congak prestasi masing-masing untuk tahun adalah baik atau tidak.

Bulan Ogos adalah satu bulan yang sinonim dengan dengan Bulan Kemerdekaan di negara kita.Ya! Benar bukan? Pengalaman KSG semasa di sekolah dulu, pihak sekolah akan mengadakan banyak aktiviti bertemakan patriotik sepanjang bulan lapan setiap tahun. Antara aktiviti yang terkenal pada masa itu adalah, pertandingan laungan merdeka, pertandingan mewarnakan bendera, kuiz kemerdekaan, pertandingan nyanyian lagu patriotik dan banyak lagi. KSG pernah menang pertandingan melaungkan kemerdekaan semasa di tingkatan dua, siap pakai tanjak lagi. :) Bangga betul masa itu, sebab dapat kalahkan ketua pengawas.

Anyway, tahun ini kita akan menyambut kemerdekaan yang kelima puluh lima. Adakah anda sudah merasai kehangatan bulan kemerdekaan untuk tahun ini? KSG harap anda bukan hanya dihangatkan dengan isu logo dan lagu kemerdekaan itu tapi lebih hangat disebabkan semangat patriotik anda. Jika kita fikirkan sejenak, adakah kemerdekaan negara ini membawa erti kepada kita atau hari Kemerdekaan adalah hari cuti umum semata-mata. Jika ditanyakan kepada semua rakyat Malaysia, adakah mereka ingat bilakah tarikh kemerdekaan. Satu yang respon yang positif daripada rakyat Malaysia, hampir tiada rakyat Malaysia yang tidak mengingati tarikh 31 Ogos 1957. Teringat zaman KSG di sekolah rendah, lagu kemerdekaan yang dinyanyikan Sudirman iaitu 'Tanggal 31' banyak membantu KSG menghafal tarikh kemerdekaan pada zaman persekolahan dulu. Persoalannya, adakah semangat kemerdekaan ini hanya hangat semasa kita di zaman persekolahan sahaja.

KSG mengaku KSG yang lahir selepas hari kemerdekaan ini, tidak dapat merasai sentimental value dalam kemerdekaan negara. Semangat patriotik itu mungkin ada tetapi tidak seperti generasi yang merasai zaman sebelum kemerdekaan. Kadang-kadang kala, KSG terfikir adakah KSG antara orang tidak bersyukur di atas keamanan di negara ini kerana tidak menghargai kemerdekaan negara kita. Apakah yang diperlukan untuk memahami erti kemerdekaan ini, adakah KSG kena perlu banyak membaca sejarah kemerdekaan kita, mengikuti pebarisan hari Kemerdekaan atau memasang bendera Malaysia di kenderaan KSG?

Akhir kata, KSG bersyukur kerana kita masih boleh dan mampu mempertahankan kemerdekaan sehingga ke tahun ke 55. Oleh itu, mari kita beramai-ramai mencari erti kemerdekaan yang telah dicapai oleh negara kita sebagai motivasi diri kita ya!

Terima Kasih kerana sudi membaca. Apa komen anda pula?