Tuesday, July 31, 2012

Kaya semasa Raya, Papa selepas Raya

Assalamualaikum kepada Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,

Alhamdullillah, sudah lebih 10 hari kita sudah berpuasa. Bagaimana? Masih bersemangat dan steady? KSG harap-harap dan doakan anda sentiasa sihat dan bersemangat untuk menjalani ibadah berpuasa di bulan Ramadhan ini.

Semakin bertambah hari di bulan Ramadhan ini berlalu, semakin rancak juga kita membuat persiapan hari raya ditambah pula stesen radio yang sudah memasang lagu-lagu raya yang menghangatkan suasana. Shopping Mall di hari minggu baru-baru semakin penuh dengan kehadiran pengunjung yang membeli persiapan hari raya, tempahan baju raya pun sudah penuh dan tempahan kuih raya pun ada yang sudah disiapkan oleh peniaga.  Tidak pelik juga apabila kita melihat pelbagai gerai menjual kuih raya wujud seperti cendawan tumbuh selepas hujan di tepi-tepi jalan.

Disini, KSG ingin mengingatkan diri KSG dan rakan-rakan yang lain agar berhati-hati dalam membuat persiapan Hari Raya. Mengikut pendapat, KSG rasa tidak perlu berbelanja terlalu besar dalam persiapan hari raya kerana bagi KSG dengan berbelanja dalam kuantiti yang sederhana dan mengikut kemampuan kita sudah mencukupi untuk kita merasai nikmat Hari Raya yang mulia. Ini juga tidak membuat kita menyesal dan mendapat masalah di kemudian hari .

Ya benar, tidak salah untuk membeli pakaian baru, membeli perabot rumah yang baru dan menukar sesuatu yang lama kepada yang baru tetapi ia mestilah mengikut keperluan. Berbelanja mengikut keperluan bermaksud membeli sesuatu diatas sebab yang kukuh dan bukan atas dasar tunjuk-menunjuk atau sebab-sebab negatif yang lain. Sebagai contoh:- KSG membeli seluar yang baru kerana KSG tidak mempunyai seluar yang sesuai untuk menziarahi saudara mara kerana seluar yang lama telah sendat kerana saiz KSG sudah bertambah. :)

Mungkin entri pendek ini dapat mengingatkan KSG dan rakan-rakan untuk berhati-hati semasa berbelanja dan tidak mengundang pembaziran. Perlu diingat juga hari raya pada tahun ini jatuh pada pertengahan bulan. (Bukan bulan raya pun dah senak) :)

Apa komen anda pula ya?

Terima Kasih kerana sudi membaca. Jangan kaya semasa raya, Jangan papa selepas raya ya!      

SEGMEN: Tambah Follower Blog Sampai 1000+


Assalamualaikum semua, Jom main segmen-segmen sempena tengah tulis post baru ini :)
Follower KSG baru 108 sahaja :)
JOM JOIN RAKAN-RAKAN

AJAK:-

Monday, July 30, 2012

Pakej jimat oleh Geopbytes Resources - cetak flyers dan business card dengan harga jimat

Assalamualaikum kepada Bloggers, Readers dan Rakan-Rakan,

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog KSG ini. Pada hari ini, KSG nak promote sedikit satu syarikat pencetakkan online iaitu Geopbytes Resources. Geopbytes Resources adalah syarikat yang menawarkan servis pencetakan flyers, pencetakkan banner, pencetakkan kad kahwin, pencetakkan bisnes kad, designing servis dan banyak lagi. Dibawah adalah promosi terbaru daripada Geopbytes Resources untuk anda yang sedang tercari-cari syarikat yang menawarkan pencetakkan bisnes kad dan flyers untuk bisnes anda ataupun mungkin blog anda.


Jika anda rasa kuantitinya terlalu besar, jangan risau hubungi mereka untuk keterangan lanjut. Jangan lupa like fanpage mereka ya! Just klik gambar flyers diatas untuk ke Fanpage Geopbytes Resources secara Automatik.

Terima Kasih

Sunday, July 29, 2012

Segmen : Kenali Komuniti Blogger

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan :)


KSG join segmen ini untuk mendapat kawan baru, kepada anda semua. Jomlah join sekali. :)
Jika anda klik banner diatas anda akan dibawa ke tempat asal banner ini diletakkan. :)
Sebuah segmen dilahirkan oleh saudara Caer

Terima Kasih

KSG nak tag anda semua dan akak chocoani

Tutorial membuat 'Beef Currypuff with potatoes' Part 2 - Cara-cara membuat kulit karipap

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan,



Pada entri atau post yang lepas KSG ada tunjukkan cara-cara untuk membuat inti 'Beef Currypuff with potatoes'. Kalau terlepas klik sini. Untuk kali ini, KSG sharekan pula cara-cara membuat kulitnya pula. Seperti biasa, chef jemputan adalah Mama KSG yang akan menunjukkan cara-cara tersebut.

Anda perlukan tepung gandum, planta (Majerin), air sejuk dan garam.

Masukkan planta ke dalam tepung dan gaul sehingga sebati ye.

Inilah rupa tepung yang sudah digaul dengan planta. Putih kekuningan sedikit.

Masukkan air sejuk yang sudah di masukkan sedikit garam kedalam bancuhan tadi.

Uli tepung tersebut dan tambah sedikit air sejuk lagi jika perlu.

Inilah rupa tepung yang telah diuli tadi :)

Bulat-bulatkan menjadi bulatan kecil. Agak-agak ya size biar sama.
Kemudian, tekan-tekan guna jari anda (Jangan lupa basuh) biar leper seperti dalam gambar.

Letakkan inti di tengah kemudian kelim karipap tu. Teknik kelim ni senang je kalau korang nak tau.

Dah siap pun karipap. Boleh gorengkan dalam minyak yang cukup sederhana panas ye dan masak sehingga kekuningan.

Terima Kasih :)
Jemput baca entri KSG yang lain ya!

Tutorial membuat 'Beef Currypuff with potatoes' Part 1 - Inti

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan
KSG sentiasa doakan anda sentiasa ceria dan sihat.

Hari ini KSG nak sharing sedikit tutorial membuat karipap atau dalam bahasa english 'curry puff' Caranya tersangatlah senang dan modal pun tidaklah banyak sangat. Ada dua elemen dalam kuih karipap iaitu kulit karipap dan juga inti. Kesedapan sesebuah karipap adalah berdasarkan kombinasi kedua-kedua elemen ini. Bagaimana pembuatannya? Untuk hari ni Mama KSG akan menjadi chef jemputan, seperti biasa tiada teori yang diikut secara tepat dan sukatan mengikut citarasa masing-masing. Jom tengok sharing KSG:- :)

Cuci bawang, daun sup dan daun kari. Hiriskan bawang dan daun sup dalam size yang boleh dikunyah dengan aman nanti.
Daging digunakan adalah daging lembu dalam 100gram. Potong kecik-kecik ya!
Kentang dipotong dadu

Panaskan minyak dalam kuantiti yang boleh menumis dan tumis bawang sehingga keluar bau wangi ye, jangan sampai keluar bau hangit plak.
Masukkan daun kari dan tumis sebentar.

Masukkan serbuk kari dalam kuantiti sesedap rasa dan tumis sehingga garing.

Setelah garing, masukkan air. Kacau sehingga mendidih. Tunggu daging empuk ya! Masukkan garam sedikit dan gula sedikit.

Daging dah empuk. Masukkan kentang, biar kentang masak dan lembut then last sekali masukkan daun sup.
 
Masak sampai agak-agak kering, jangan kering sangat ye. dah siap inti 'Beef Currypuff with potatoes'





 Ok..dah siap dah inti 'Beef Currypuff with potatoes'. Next tutorial kita buat pula kulit karipapnya ya!


Jom tengok tuturial buat kulitnya pula di sini.



 
  

Cara-cara Check Saman Kenderaan: Rakan-rakan jom check saman

Assalamualaikum dan Semoga ceria selalu kepada Bloggers, Readers dan Rakan-rakan

Pada hari ini, KSG nak kongsi sedikit cara-cara anda untuk menyemak jumlah saman kenderaan anda.Walaupun ada antara anda yang sudah mengetahui cara-cara menyemak saman ini, tapi KSG tetap akan sharing servis ini kerana masih ramai yang tidak tahu tentang kewujudan servis ini. Mungkin selepas ini, anda tidak akan merasa was-was lagi antara anda sudah disaman atau tidak. Semoga ia dapat membantu atau memudahkan anda di waktu anda memerlukan nanti.

Step pertama: Ambil telefon bimbit anda dan taipkan mesej seperti di bawah:-

POLIS SAMAN (isikan no plat anda) (email anda)

Step Kedua: Hantarkan mesej tadi ke 32728

-Pastikan anda mempunyai kredit kerana caj rm0.50 akan dikenakan untuk servis ini.
-Tunggu beberapa minit, anda akan mendapat mesej reply berbunyi sebegini 'Saman terperinci anda telah di hantar ke email, sila semak (Alamat email yang anda letakkan tadi)'

Step ketiga: Buka email anda dan dapatkan info tentang saman anda. 

-Menariknya, anda akan dapat info tentang lokasi, kesalahan, jumlah saman dan waktu kesalahan anda jalankan.
-Semak semula takut2, pengguna lain kenderaan anda yang membuat kesalahan itu so nanti tidak terkejutlah kalau tetiba dapat surat mahkamah.

Step keempat: Bayar jika saman itu kepunyaan anda. :)


Terima Kasih. Selamat mencuba :)

Khidmat Masyarakat oleh www.kisahsigemok.com

APA KOMEN ANDA?: Wajah baru www.kisahsigemok.com

Assalamualaikum kepada semua Bloggers, Readers dan Rakan-rakan

Bersempena telah masuk ke second week of Ramadhan, KSG telah buat sedikit decoration di Blog www.kisahsigemok.com ini. Ada sedikit petukaran background blog dan juga header blog. Tiada lagi header model yang tidak gemok seperti di bawah ini:-




Ini boleh kira rebranding semula blog ini  dan header terbaru ini direka bentuk dan disiapkan oleh seorang pereka grafik misteri yang bernama am182. Terima Kasih diucapkan kerana sudi bekerjasama bersama KSG. Kepada yang ingin menempah Header, Banner, Logo atau lain-lain, boleh hubungi KSG di kisahsigemok@gmail.com ya! Harga mengikut jenis design dan boleh dirunding, jangan risau :)

Terima Kasih :)

Sila berikan komen tentang rupa bentuk baru www.kisahsigemok.com. KSG sangat hargai komen anda. :)


Saturday, July 28, 2012

Tips penjagaan anak arnab: Arnabku beranak lagi..

Assalamualaikum kepada Bloggers dan Readers,

Beberapa minggu yang lepas, arnab kepunyaan family KSG melahirkan baby baru. Ada 4 ekor semuanya. Seekor warna putih dan 3 ekor warna coklat keperangan. Hari ini KSG nak kongsi sedikit, apa yang dilakukan oleh KSG, jika menerima kehadiran baby-baby baru arnab ini. Seperti biasa, tidak mengikut teori sangat tetapi ikut pengalaman dan alhamdullilah baby-baby ini hidup dengan sihat.

1. Asingkan baby-baby arnab dan mummynya.
Pengalaman KSG, mummy arnab ini kadang-kadang macam tidak pandai menjaga anak-anaknya. Takut-takut mummy arnab ini akan terpijak babynya atau mencederakan baby dia. Mummy arnab ini akan KSG bawa berjumpa babynya semasa aktiviti penyusuan baby berjalan. Nak tau baby arnab ini KSG letak mana, tengok gambar kat bawah ini.

  
KSG letak bantal dalam bakul, letak baby arnab. Simpan dalam rumah.

Selalunya KSG akan asingkan mereka sehingga baby arnab ini dah besar sikit. Kiranya, KSG akan tunggu baby arnab ini sudah boleh lompat betul-betul, bulu dah tumbuh lebat sikit baru letak luar.

2.Penyusuan Baby Arnab
Baby arnab ini menyusu sehari sekali sahaja. Selalunya, adik KSG akan pegang mummy arnah semasa penyusuan dijalankan. Mummy arnab selalunya nak melarikan diri semasa sesi ini. Selalunya, KSG akan pancing mummy arnab ini dengan potongan lobak merah. Itu baru dia nak duduk diam bagi susu dekat baby dia. Macammana nak tau baby arnab dah dapat susu yang mencukupi, cara paling senang tengok perut baby arnab itu dah buncit atau tidak. Kalau dah buncit, dah cukuplah tu. :)

Ok..itu sahaja sharing untuk hari. Kongsilah tips-tips korang pula. Jom tengok gelagat baby arnab KSG yang baru :)






Jersey/Jersi Manchester United 2001 untuk dijual: Baju raya untuk peminat-peminat Machester United

Assalammualaikum kepada semua,

Hari ini KSG ada sebuah barang baik untuk peminat Manchester United, collecter jersi pasukan bola rare dan original atau anda sedang mencari Jersi Manchester United tahun 2001. Disini ada sehelai jersi Manchester United tahun 2001 untuk dijual. Jersi ini adalah kepunyaan rakan KSG dan jika anda berminat boleh tinggalkan email di komen dibawah itu. KSG akan emailkan no telefon rakan KSG kepada anda. Jersi ini masih belum dipakai kerana masih mempunyai tag. Size Y atau Youth, dengan Malaysia panggil M. Moh tengok. Harganya  sangat berpatutan (Nanti KSG emailkan sekali harga). Mana tahu anda akan bergaya dengan sebuah jersi Manchester United Oldskool di pagi raya nanti. :)


Manchester United Home Jersey 2001


Ada dua tag, Manchester United dan Umbro tag. Harga dalam tu harga dalam pound, so boleh agak x dulu beli kat mana dulu x?







segmen kenangan ramadhanku


Assalamualaikum kepada semua bloggers dan Readers, 

Masuk tahun 2012, ini adalah tahun kedua KSG berpuasa di rumah bersama keluarga selepas mendapat segulung ijazah.Pada hari ini, KSG nak kongsi sedikit tentang kenangan ramadhan KSG selama 4 tahun berpuasa di Universiti dulu. Pengalaman berpuasa di perantauan (Ececehhh) seperti biasa ada yang manis atau pahit. Biasanya, hanya sehari sebelum puasa, KSG akan pulang ke kampung halaman untuk berbuka puasa dan bersahur dengan family. KSG jarang pulang ke kampung halaman semasa bulan puasa kerana faktor keletihan.  Opss..dah lari tajuk sikit. Semasa menyambut ramadhan di Universiti juadah sahur adalah yang paling simple. Sahur pada waktu itu adalah sangat ala kadar sahaja. Jika KSG rajin, KSG akan membeli nasi campur atau jika tidak, KSG tidak bersahur apa yang ada di penginapan, kadang-kadang KSG hanya bersahur mee segera. Selection air selalunya teh yang dibuat sendiri atau milo paket. Waktu sahur KSG selalunya awal, takut-takut bangun dah subuh. KSG akan berjaga sehingga jam 2 atau 3 pagi untuk bersahur. Berpuasa di Universiti, tidak banyak beza cuma KSG akan sibuk menghadiri kuliah dan tidak terasa sangat semasa berpuasa. Masalah yang KSG hadapi semasa  dahulu adalah masalah kenderaan. KSG akan membeli lauk pauk di cafe penginapan sahaja untuk berbuka, jika teringin merasa juadah yang lebih special sedikit kenalah tumpang rakan-rakan untuk ke Bazar Ramadhan. Bazar Ramadhan di kawasan penuh mahasiswa dan mahasiswi selalunya sangat ramai kalau tengok dekat Shah Alam pun keadaannya pun macam itu. Nak jalan pun kadang-kadang sukar kerana terlalu ramai orang. Hidangan paling KSG sukai adalah Nasi Ayam Madu, Mee goreng rm 1 (selalu beli dua, sebab agak sikit) dan air beli 2 free 1. Tempat study KSG berbuka lebih awal sedikit dari tempat-tempat lain, KSG akan memasang telinga untuk mendengar azan dari masjid terdekat kerana selalu kami hampir habis berbuka, tv sedang menyiarkan laungan azan.  

Itulah serba sedikit tentang kenangan KSG berpuasa di Universiti. :)

Terima Kasih

Friday, July 27, 2012

Pensel Box Cover Tape: Imbas kenangan semasa kanak-kanak

Assalamualaikum kepada Bloggers dan Readers,

Pada zaman videotape sudah hampir hanyut dengan pengaliran zaman, muncullah beberapa kanak-kanak kreatif mengubah suai cover videotape ini. Pernah anda ternampak pensel box seperti di bawah:-

Pensel Box Cover Videotape

Ini adalah salah satu pensel box special yang diubahsuai daripada sebuah cover videotape. Ada tak antara anda yang dapat imbas kembali memori anda di zaman persekolahan dahulu? hahahaha. Ok mungkin generasi baru tidak sempat merasa pensel box ini, KSG nak cerita sedikit untuk anda. Sesetengah cover tape pada zaman dahulu diperbuat daripada plastik dan mempunyai satu layer plastik bertujuan untuk meletakkan kertas cover sesebuah filem. Dekat plastik tulah diselit-selitkan deco, kadang-kadang tanggal plastik tu lekatkan stiker-stiker, lukis-lukis pakai pakai marker dan ada yang budget lebih sikit siap spray Anyway, dah jarang nampak pensel box cover videotape ni. Pensel Box kat atas tu dipakai oleh seorang bro berumur awal 30an. Ada sesiapa yang ada pensel box ini? :)

Terima Kasih, itulah perkongsian KSG untuk kali ini. Terima Kasih kerana sudi membaca ya! 



Thursday, July 26, 2012

Rebiu Novel: Licik

Assalammualaikum kepada Bloggers dan Readers,

Licik

Hari ini KSG nak buat sedikit preview novel boleh? Setelah membelek-belek almari buku KSG, terpandang satu buku terbitan buku Fixi iaitu Licik (KSG tidak dibayar oleh mereka ye, KSG habis baca je KSG rebiu). Licik adalah karya Sham Hashim dan Julie Anne. Kalau dengar tajuk korang boleh agak tidak cerita pasal apa? Mula-mula, KSG letakkan Licik ini dalam waiting list untuk dibaca tetapi diatas komen rakan-rakan KSG, menyebabkan KSG membaca novel ini dahulu.


Pendapat KSG, jalan cerita novel adalah fun to read. Jalan cerita tidak banyak lari dengan tema asal dan penceritaannya agak berbeza antara satu scene ke scene lain. Ada sedikit nilai murni dalam novel ini iaitu nilai kasih sayang seorang ayah kepada anaknya walaupun disampaikan dalam bentuk yang berbeza. KSG telan yang positif je, yang negatif buat-buat tak nampak. Ada sesetengah  watak memegang pelbagai nama yang berbeza. Kenapa? Anda kena baca sendiri novel ini. Harga yang agak berpatutan. Selamat membaca ye!


KSG bagi 3 Bintang untuk novel ini :)


Ada sesiapa dah baca? Nak dengan komen anda pula boleh? Tulis di bawah ye.

Terima Kasih

Nota ringkas KSG
Sekarang sedang membaca 'Epilog 3 Naga'. Dah kuar di pasaran ya! murah saja RM17  je. Nak tengok rupa 'Epilog 3 Naga' klik sini.


  

Tips-tips menghilangkan bosan semasa kesesakkan lalu lintas/ traffic jam

Assalamualaikum dan Salam ceria,

Kesesakkan Lalu Lintas :)

Jika ditambah dari hari ini dah beberapa hari KSG pulang ke rumah agak lewat dari pejabat kerana kesesakkan lalu lintas. Mungkin disebabkan bulan ramadhan, orang ramai berpusu-pusu untuk pulang ke rumah dan kebanyakkan syarikat melepaskan pekerja-pekerja mereka di waktu yang hampir sama. Untuk sampai ke rumah, KSG terpaksa mengharungi beberapa jalan utama dan semestinya sangat padat dengan kenderaan. Oleh itu, hari ini KSG nak kongsikan kepada anda tentang apakah yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan rasa bosan semasa kesesakkan lalu lintas. KSG telah cipta satu formula iaitu LERW. Apakah itu? Sila baca dibawah. :)

1.Listen and Sing
Jika kenderaan anda mempunyai radio, pasangkan lagu kesukaan anda atau siaran radio yang anda suka. Nyanyikan lagu tersebut atau yang tersiar dengan sepenuh hati. Tidak perlu rasa malu atau segan kerana ini adalah penawar bosan yang baik dan juga mampu mengurangkan stress anda. :)


2.Eating
Ya! Makan dapat menghilangkan bosan anda semasa kesesakkan lalu lintas. Tapi perlu diingati jika diambil dengan terlalu banyak dan dilakukan terlalu kerap, aktiviti ini akan mengemokkan anda. Jangan pula anda pratikkan di siang semasa bulan puasa, KSG tidak tanggung ye.


3.Reading
Apakah maksud reading? Ya betul, reading bermaksud baca. Jika anda merasa bosan cuba baca benda-benda di sekeliling anda. Contoh papan tanda, papan iklan atau sticker di kereta lain. Jika anda betul-betul tersekat dan tidak bergerak, KSG syorkan anda menyimpan senaskah buku di dalam kereta anda. Jangan membaca buku sambil drive kereta pula. Bahaya!

4.Watching
Alihkan pandangan anda dengan memandang bangunan-bangunan di sekeliling anda. Ini bukan hanya dapat mengalihkan fikiran anda untuk lebih tenang dari asyik memikirkan tentang kesesakkan yang sedang berlaku. Gunakan masa ini untuk mengingat bangunan-bangunan di sekitar jalan anda lalu. Anda juga boleh lihat gelagat pemandu-pemandu lain. Gunakan setiap cermin sisi dan cermin pandang belakang anda untuk melihat gelagat tanpa disedari mereka untuk jadikan aktiviti ini lebih thrill. 


Terima Kasih kepada anda kerana sudi membaca entri tentang formula LERW yang dicipta oleh KSG untuk menghilangkan bosan semasa memandu. :)

Wednesday, July 25, 2012

Beruban pada usia muda - mengurangkan keyakinan seseorang

Assalammualaikum kepada Bloggers dan Readers yang dihormati,

Beruban di usia muda - Gambar Hiasan :)

Pernahkah anda menghadapi masalah beruban pada usia muda. Pada usia anda masih dalam 20an lagi atau lebih awal lagi semasa anda berumur belasan tahun. Mungkin anda hilang keyakinan diri dan akan cuba untuk menutup rambut beruban tersebut dengan pelbagai cara. Pada hari ini, KSG akan berkongsikan hasil pembacaan KSG bersama anda semua tentang punca pemasalahan ini.


Beruban pada usia muda ini dipanggil sebagai Uban Pramatang. Anda tidak perlu risau kerana masalah ini telah dihadapi oleh ramai orang di dunia ini. Uban Pramatang bukan lagi perkara yang pelik dan rare lagi. 


Walaupun begitu, punca sebenar uban pramatang ini masih tidak diketahui lagi tetapi beberapa kemungkinan punca masalah ini telah dijumpai iaitu:-


1. Kekurangan Zat
Kekurangan vitamin B12 adalah kemungkinan punca untuk masalah ini. Kekurangan vitamin B12 disebabkan oleh kurangnya seseorang mengambil makanan yang berasaskan haiwan. Maksudnya anda adalah seorang vegetarian. Kalau anda yang bukan seorang vegetarian tetapi mempunyai masalah ini, jangan risau ada kemungkinan punca selain ini.


2.Genetik
Keluarga anda terdahulu pernah mengalamai masalah beruban awal. Genetik memainkan peranan apabila rambut anda sudah mula kehilangan pigment dan bertukar ke warna kelabu.


3.Stress yang berpanjangan
Adalah mustahil jika anda stress hari ini dan pada esok hari rambut anda sudah beruban. Teringat pepatah lama yang selalu disebut. "Ko fikir banyak ni, tu yang beruban."


4.Keadaan Kesihatan
Mungkin jika anda pernah mengalami keguguran rambut, mungkin ada antara anda yang perasaan rambut anda yang baru beruban. Walaubagaimana pun, perkara ini selalunya adalah bersifat sementara.


Oleh itu, anda dinasihatkan untuk menjaga pemakanan anda dan tahap stress anda kerana ini terbukti perkara-perkara tadi akan menjadi masalah berbangkit.


Terima Kasih kerana menbaca entri KSG yang bertajuk 'Beruban pada usia muda - mengurangkan keyakinan seseorang'.


Sila tinggalkan komen dibawah ye. Insyallah KSG akan terjah anda semula. :)

Malaysia XI vs Arsenal: Usaha Malaysia di awal permainan dimusnahkan dalam masa 5 minit

Assalamualaikum kepada bloggers dan readers,

KSG sempat tengok perlawanan persahabatan Malaysia dengan pasukan Arsenal selepas terawih tadi. Komen KSG tentang separuh masa pertama, Malaysia bermain agak baik. Corak permainan Malaysia bermain agak baik dan nampak matang walaupun agak berhati-hati. Banyak try yang bahaya dan boleh menggugurkan jantung dibuat oleh Malaysia. Mungkin ini adalah kerana Arsenal tidak menurunkan kesemua kesebelasan utama mereka pada separuh masa pertama. Akhirnya, Malaysia dapat mendahului Arsenal, hasil jaringan cantik Azmi Muslim. Jaringan yang akan diperkatakan oleh ramai pihak.

Diawal babak kedua, Arsenal menurunkan hampir kebanyakkan kesebelasan utama mereka. Habis sepuluh pemain Arsenal ditukar oleh Wenger. Game agak seimbang, Arsenal dah nampak banyak menyerang dan membuat percubaaan bahaya. Walaupun begitu, pasukan Malaysia atau dengan jolokan nama Harimau Malaya masih boleh mengekang serangan Arsenal dan membuat cubaan ke gawang arsenal. Akhirnya di minit-minit terakhir, (masa KSG dah nak start bahan rakan KSG yang menyokong Arsenal) Arsenal berjaya menyamakan kedudukan dan terus menjaringkan gol pendahuluan di minit ke 90. Perghh..sama sahaja dengan game sebelum ini. :(

Score tersebut dijaringkan oleh Thomas Eisfeld dan Chuks Aneke.

Anyway, KSG rasa Malaysia bermain agak baik pada hari tetapi mungkin lalai di saat akhir.
Final Score Malaysia (1) VS Arsenal (2) . Kita nantikan perlawanan seterusnya Malaysia vs Man City.

Terima Kasih kerana sudi membaca. Apa komen anda pula?

Tuesday, July 24, 2012

1st Giveaway by jaakechik corner


Assalamualaikum kepada semua bloggers, KSG terpandang GA ini pula dari Jaakechik. KSG pun joinlah. KSG join sebab banner dia gerak-gerak. hahaha :)

Nama 3 tempat yang menarik di negeri KSG:-
Paradigm Mall (Besar sangat-sangat)
I City Shah Alam (Banyak Lampu dan ada rumah salji)
Setia City Mall (Ada taman kat tepi mall, boleh lepak2)

KSG tag 3 orang yang saya rasa paling berharga dalam dunia blog KSG :)



Pencarian Super Bloglist 2nd Half Year 2012 by Blog Fadzmie.


Assalamualaikum kepada semua bloggers,

Ini adalah satu segmen terbaru KSG join. Kalau anda semua nak join boleh klik sini. Kepada Fadzmie, terima kasih bagi peluang KSG join. Semoga ini dapat menambah kawan KSG dan merapatkan hubungan Fadzmie dengan KSG. Kepada anda semua yang menyokong KSG, doa KSG lucky kali ini. Pernah menang    sekali je seumur www.kisahsigemok.com ini wujud. :)

Terima Kasih dan jangan lupa follow KSG ya? :) 

Monday, July 23, 2012

Pelari Marathon South Sudan akan menyertai Olimpik tanpa negara

Hari ini KSG nak kongsi sedikit bersama anda semua, seorang peserta di Olimpik akan bertanding tanpa mewakili mana-mana negara. Kenapa ye? Kena buang negara ke?

Guor Marial, pelari South Sudan

Pelari marathon South Sudan iaitu Guor Marial yang telah menjadi penduduk tetap USA akan menyertai Olimpik tanpa negara. Ini adalah berpunca negara asal Guor Marial, South Sudan baru sahaja dipisahkan dari negara Sudan pada tahun lepas dan tidak mempunyai Majlis Olimpik Negara lagi. Oleh kerana beliau tidak memegang kewarganegaraan USA, tidak mempunyai passport dari negara South Sudan dan telah menolak untuk berlari untuk negara Sudan, pihak Olimpik telah membenarkan beliau menyertai Olimpik tanpa negara. Maksudnya Guor Marial akan berlari di bawah bendera Olimpik dan akan memakai mana-mana bendera di uniform larian beliau. Guor Marial berkata kepada media bahawa walaupun beliau tidak dapat berlari untuk South Sudan, Beliau akan menjadi bendera kepada negara South Sudan dan South Sudan tetap berada di dalam hati beliau. Beliau menolak untuk belari untuk negara Sudan kerana ia dianggap satu pengkhianatan kerana 28 ahli keluarga Guor Marial telah terkorban dalam peperangan dengan Sudan. 

Untuk berita selanjutnya sila ke sini :)

Terima Kasih :)

Sila berikan komen anda..


Sunday, July 22, 2012

Sharing: Cara-cara untuk menyemak baki hosting blogspot percuma anda


Assalamualaikum kepada semua readers dan bloggers,

Selamat berjumpa kembali kepada yang pernah membaca kisahsigemok.com dan selamat datang bagi yang baru sahaja menjumpai KSG.

Blogger Logo



Pada entri yang lepas, KSG ada membuat satu entri tentang limit atau had hosting blog anda bagi user blogger.com atau blogspot.com. Kalau terlepas pandang, anda boleh klik sini. KSG menerangkan bahawa had atau hosting adalah effect kepada blogger yang suka uploadkan gambar ke blog.

Hari ini KSG akan tunjukkan step untuk anda melihat baki hosting yang anda sudah pakai. Saya ulang ini adalah untuk user blogspot.com atau blogger.com sahaja :)

Taman Ikan Air Tawar Kuala Selangor - Tarikan Pelancong-pelancong Antarabangsa

Assalammualaikum kepada semua readers dan bloggers,

Taman Ikan Air Tawar

Selain daripada aktiviti melihat kelip-kelip, Adakah anda tahu di Kuala Selangor terdapat sebuah tempat rekreasi yang menarik iaitu Taman Ikan Air Tawar. Taman Ikan Air Tawar ini terletak di bawah Bukit Malawati. Sebelum anda naik ke Bukit Malawati Kuala Selangor, ada simpang ke kiri untuk anda terus masuk ke dalam Taman Ikan Air Tawar. Taman Ikan Air Tawar adalah bersebelahan Taman Alam Kuala Selangor. Taman Ikan Air Tawar ini menghimpunkan pelbagai jenis ikan air tawar dan juga beberapa jenis burung. Taman Ikan ini tidak sebesar mana, cukup untuk kita melihat ikan-ikan air tawar yang disimpan didalam beberapa akuarium dan juga kolam di sekitar Taman Ikan Air Tawar, Kuala Selangor ini. :)

Sangkar-sangkar yang besar ini untuk memastikan burung-burung yang berada di Taman Ikan Air Tawar ini selesa. 



Terdapat beberapa jenis burung dipamerkan. Yang ini kediaman Burung Kuang di sana.


Antara ikan-ikan yang ada, mungkin orang-orang ada dah expert jenis-jenis ikan ini tetapi ini adalah informasi yang diperlukan oleh pengunjung-pengunjung luar negara. 

Ditengah-tengah kolam ikan keli ada pondok untuk pengunjung berehat. Jangan buang sampah di dalam kolam sudah ye.

Ini adalah ikan toman, fokus dekat corak badan dia. Ada seakan-akan tulisan apa-apa ke?


Antara ikan-ikan yang dipamerkan, lapar plak tengok. Memang feverat KSG adalah ikan air tawar. hahaha.

Terima Kasih diucapkan oleh www.kisahsigemok.com kepada anda kerana sudi membaca entri untuk hari ini. :)



'Perpustakaan Bergerak' - imbas kembali zaman kanak-kanak

Assalamualaikum kepada semua,

Mungkin blogger-blogger yang sebaya dengan KSG mungkin pernah melihat perpustakaan bergerak ini di sekolah rendah. KSG terserempak dengan perpustakaan ini semasa di Kuala Selangor. Teringat masa di sekolah rendah dulu, perpustakaan bergerak ini diparking di perkarangan sekolah. Waktu rehat mesti singgah ke perpustakaan bergerak ini tetapi waktu itu hanya mengikut rakan-rakan yang lain, niat bukan untuk membaca buku. Kehadiran perpustakaan ini di sekolah KSG mewujudkan sesuatu fenomena. Mengikut kata wakil perpustakawan dari perpustakaan Selangor, perpustakaan bergerak ini digunakan untuk memberi khidmat kepada sekolah-sekolah di pinggir bandar, sekolah yang tidak mempunyai perpustakaan lengkap, kampung-kampung dan pekan-pekan kecil. Ada beberapa perpustakaan bergerak ini sudah dihantar untuk pengubahsuaian dan ini antara perpustakaan bergerak yang mengekalkan reka bentuk lama. :) Antik bukan?

Perpustakaan bergerak yang banyak membantu orang-orang di kampung berpeluang menikmati kemudahan perpustakaan


Tidaklah sebesar mana, sebesar bas mini sahaja (memang renovate daripada bas mini kot) tetapi memberi manfaat besar kepada orang ramai. 

Buku-buku yang ada juga kebanyakkan antik. Berapakah orang yang sudah merasai nikmat ilmu-ilmu dari buku-buku ini? 

Mengunakan kipas angin sahaja, adakah 'Perpustakaan Bergerak' berasal sebelum zaman penghawa dingin? 

Pemandangan di dalam Perpustakaan Bergerak. 

Pemandangan daripada tangga untuk naik ke 'Perpustakaan Bergerak'

Terima Kasih membaca entri 'Perpustakaan Bergerak' - imbas kembali zaman kanak-kanak. Harap kita semua dapat membudayakan minat membaca kepada generasi muda. :)