Tuesday, June 26, 2012

Tiada Halangan Untuk Berjaya - inspirasi dari Tuan Zamzuri (OKU Penglihatan)

Beliau sedang melanjutkan pelajaran di peringkat PHD di UM. Beliau juga sudah bergelar seorang suami. Tetapi beliau mempunyai sedikit kekurangan daripada kita semua. Tuan Zamzuri adalah cacat penglihatan tetapi beliau bukan jenis yang suka memohon derma malah mempunyai kerjaya yang tersendiri. Saya terjumpa beliau semasa beliau membuka booth di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di Putrajaya untuk sebuah acara. Beliau meniaga penanda buku Braille dan sticker Braille. Sempat juga buat sebuah sticker Braille dan dapatkan penanda buku dari Tuan Zamzuri ini. Sambil itu, mohon sedikit tunjuk ajar daripada Tuan Zamzuri tentang cara membaca tulisan Braille. Sebenarnya boleh agak tulisan braille ni kalau kita buka mata, apabila tutup memang x dapat bajet apa yang di baca. Tuan Zamzuri juga menunjukkan cara bagaimana beliau mengunakan telefon bimbit. Bagaimana beliau membaca sms yang dihantar kepadanya. Satu perbualan yang berinformasi bersama beliau.





 Untuk informasi anda, Tuan Zamzuri membuka kelas kepada sesiapa yang ingin belajar tulisan Braille ini dan mengadakan sesi motivasi mengikut jemputan. Apa yang saya nampak pada Tuan Zamzuri ni, beliau sedikit pun tidak merasa kekurangan beliau adalah satu halangan. :)

Monday, June 25, 2012

Tak Sabar menunggu novel Epilog 3 Naga oleh Kaz Ishak



Kulit Muka Epilog 3 Naga

Dah beberapa minggu tengok cover novel Epilog 3 naga ni, bila nak keluar agaknya. Tertarik dengan judul novel ini. Nampak ganas gitu. Dengar cerita novel sedang dalam proses pencetakkan. Betul atau tidak. Masih tiada kepastian. Lagipun novel ini adalah terbitan bulan Julai. Tiada kekecewaan yang terasa dan kita perlu bersabar. Kaz Ishak adalah keluarga baru Alaf 21 dan Epilog 3 Naga adalah karya pertama beliau. Bagi peluang kepada beliau ye! Dengar cerita beliau akan berada di Pesta Buku Selangor 2012 nanti. Novel ini berketebalan 496 muka surat dan berharga rm19.90. Pasti akan menjadi koleksi novel aksi kepunyaan saya! Meh baca sinopsis Epilog 3 Naga.

Sinopsis
Mereka merupakan sahabat karib sejak kecil. Di mana ada Fazarul, pasti akan kelihatan Khalid dan Sean di sampingnya. Kenakalan zaman remaja dirasakan suatu lumrah. Namun, ia mula membawa padah tatkala batasnya dilangkah. Jiwa remaja mereka mula hanyut tidak terbendung.

Khalid tersilap memilih jalan hidup. Sedikit demi sedikit dia terheret ke kancah kumpulan kongsi gelap. Semakin hari semakin sukar untuk melarikan diri.

Keinginan untuk berseronok di sebuah pusat hiburan hanya mengundang sengketa. Tempat sueh itu menjelmakan tragedi. Sean menjadi mangsa pertama.

Fazarul pula masih kuat semangatnya. Dia nekad mahu melepaskan Khalid dari dunia itu. Rakannya dipujuk untuk menyerah diri. Tetapi, tiada yang pasti apabila hati sudah diselubungi dendam. Di manakah titik pengakhirannya


Amacam? ada tertarik? 

Saturday, June 16, 2012

Kehidupan Power Rangers terawal pada zaman sekarang!




Mesti ramai yang seusia dengan aku pasti familiar dengan apa itu Power Rangers. Ya! aku dari kecik dah terdedah dengan cerita fight2 dan bunuh2 yang bertopengkan siri live action kanak2. Aku membesar dalam zaman Power Rangers, ini diperkukuhkan lagi dengan first debut untuk power rangers adalah pada tahun 1993, masa tu aku masih berumur 4 tahun lagi. Kecik sangat, ntah sudah faham dan hargai jalan ceritanya atau tidak. Masa tu, zaman video tape lagi, vcd masih belum wujud lagi dalam fikiran aku. Mungkin waktu tu, aku rasa vcd tu adalah barangan orang-orang kaya. Family aku tidak mampu. Dah bertahun berlalu, dah banyak  versi Power Rangers yang wujud, mengikut peredaran zaman agaknya.
 
Hari ini aku nak kongsi siapakah mereka yang antara yang terawal memakai kostum Power Rangers ini.  Apa khabarlah dorang ni kan?

 Power Ranger Merah




Atas ini adalah Austin St. John, bekas pemegang watak Jason dalam Power Rangers. Sekarang mamat ni berkhidmat sebagai paramedik di Washington DC. Kalau tengok kat bawah tu, Austin dah semakin berisi, mungkin dah x muat lagi pakai kostum power rangers lagi lepas ni ataupun kena buat size lain. :)





Power Ranger Kuning


Ini adalah Thuy Trang, power rangers kuning yang terawal. Thuy Trang dilahirkan di Vietnam dan ayah dia adalah seorang tentera Vietnam. Maju juga orang-orang vietnam ni. Belajar kung fu sejak berumur 9 tahun dan pernah berlajar di University of California. Walaupun begitu, umur Thuy Trang tidak panjang, Beliau terlibat satu kemalangan pada 3 September 2001 dan meninggal dunia. Thuy Trang meninggal dunia semasa berusia 27 tahun.



Power Ranger Hitam

 
Walter Emanuel Jones yang memegang watak Zack Taylor atau Power Rangers hitam yang asal. Walter Emanuel Jones telah keluar dari Power Rangers kerana tidak puas hati dengan gaji yang diberikan. Walter Emanuel Jones tidak mempunyai jari tengah di tangan kanan, ini menunjukkan semua orang boleh jadi superhero walaupun ada kekurangan dalam diri kita.



Power Ranger Merah Jambu


Awek yang sudah jadi emak budak kat atas ini adalah Amy Jo Johnson, Power Ranger Merah Jambu yang juga pernah menjadi gimnastik. Power Rangers adalah pengalaman pertama anak penjual kereta yang berasal dari USA ini berlakon. Selepas Power Rangers, Amy masih aktif dalam bidang lakonan. Sekarang, Amy sudah berkahwin dengan Oliver Giner dan mempunyai seorang anak. Kat atas tu, gambar dia tengah mengandungkan Francesca Christine. 





Power Ranger Biru


Mamat berkedut kat atas ini adalah David Yost, Power Ranger Biru terawal dalam siri Power Rangers. Percayakah anda adiwira ini pernah memenangi banyak pertandingan gimnastik sebelum berlakon di dalam siri Power Rangers. Boleh dikatakan antara ahli Power Rangers yang berjaya kerana dia adalah producer untuk beberapa siri tv antaranya The Real Housewives of Beverly Hills. Ada info mengatakan beliau adalah seorang gay.





Power Ranger Hijau


Mamat rambut panjang ni bernama Jason David Frank yang merupakan Power Ranger Hijau. Aku juga nak mengatakan dia ini sangat tamak kerana dia juga adalah Power Ranger Putih dan Merah. X bagi can kat orang lain langsung. Start pegang watak dalam Power Rangers semasa berumur 19 Tahun. Menariknya tentang dia ni, dia bukan boleh sahaja fight-fight dalam Power Rangers malah seorang Fighter di luar juga. (Mungkin terbawak-bawak watak sampai ke alam realiti). Mamat ni belajar martial art sejak berumur 4 tahun di The Red Dragon Karate School dan pada umur 18 tahun, dia telah membuat keputusan untuk membeli sekolah karate yang tersebut. Sekarang mamat ni tengah aktif dengan MMA (Mixed Martial Art) sehingga sekarang.




Wednesday, June 13, 2012

Zombijaya: Antara novel terbaik pernah di habiskan :)

Aku sebenarnya agak selektif dalam memilih bahan bacaan aku, novel yang betul-betul best sahaja aku akan habiskan. Ada juga yang aku baca separuh dan aku kuburkan di rak buku. Zombijaya terbitan FIXI ini adalah salah satu koleksi novel yang berjaya aku habiskan. Mungkin semasa aku tulis entri ini, ramai yang sudah habis membaca novel ini. Aku sedar aku LEWAT tapi tidak mengapa aku tetap keras kepala untuk menulis review novel ini. Sejak Pesta Buku Selangor tahun lepas aku sentiasa mengitai booth Buku Fixi ini. Bagi aku, satu kelainan yang cuba di sampai oleh Amir Muhammad yang meneraju buku Fixi ini. Tahniah buat beliau.

Terbaik, Mantap, Fresh, Berbeza, Seronok............

Itu antara perkataan daripada ribuan malah mungkin berbilion perkataan yang boleh mengambarkan novel yang tertera di kulit bukunya 'Zombijaya' ini. 'Zombijaya' adalah sebuah novel tulisan Adib Zaini dan berdasarkan cerita asal MJ Woo dan Ho Sui - Jon sebagai illustratornya. Novel ini mengisahkan wabak zombie yang selalu kita tengok di filem-filem hollywood dan di dalam filem zombie kampung pisang menyerang Malaysia sehingga negara menjadi kucar-kacir. Bagaimana orang-orang Malaysia mengatasinya dan membiasakan diri dengan keadaan begitu? Menarik bukan? Plot cerita yang tidak disangka-sangka dan akan menyeret anda hingga ke muka surat terakhir. Bagaimana orang-orang Malaysia mengatasinya? Watak-watak di dalam novel adalah sangat berbeza dan bagi saya tersangatlah hidup, mungkin kerana sifat wataknya dekat dengan sekeliling aku. Antara watak paling best dalam novel ini adalah Nipis, mempunyai sifat yang sangat rare dan bersahaja. Anda juga perlu berhati-hati kerana ada beberapa scene yang akan membuat anda tertawa sendiri.Novel ini sedang dalam proses diadaptasi menjadi filem iaitu KL Zombie. Antara pelakon yang memegang watak di dalam filem Zizan dan Saleha. Grade A bukan? Penulis skrip untuk filem ini adalah Adib Zaini sendiri dan dijangka di pawagam tahun 2013. Kepada yang belum membaca, silalah try kerana 'Zombijaya' sesuai untuk bacaan ringan.  Anda pasti tidak kecewa. :)