Tuesday, February 28, 2012

Segmen Review By Muna

Piunngggggggg Kebabbooooommmm!!!!

Hi Korang,

Aku join contest lagi.hahaha. Kali ini adalah contest dari cik Muna Rahimah. Adik kecil yang akan menduduki PMR. Comel orangnya. Nak join contest ni kena cite sikit pasal diri sendiri. Bacalah entri yang budget aku muda lagi seperti di bawah:-

- Hai, saya berumur 15 tahun tambah 8 tahun.
- Lahir di Klang Selangor
- Berkerja di sebuah syarikat penerbitan buku
- Bekas student Uniten Muadzam Shah
- Sekolah di SMK Tengku Idris Shah dan SK Kapar
- Seorang yang gemok tapi cute

Hahahahahaa.. :)

p/s: mood nak join contest je..


Monday, February 27, 2012

/|Saya join Contest Kitaawesome.blogspot.com|\



 Hi korang, 

Untuk kali ini aku nak kongsi tentang aku join satu lagi contest di dunia blogging ini. Aku dah ketagih join contest orang.hahahaahaaha..korang pasan x banner di atas sangat besar sekali, adakah ini membuat kan peluang untuk aku menang lebih besar? Itu kena tanya cik atiqah maznan .. huhu..Macam mana nak join sekali? Meh klik link kat banner tu..

Ok..Bye..

/| Kisah buku lucah 'where did i come from' |\

Piunnnngggggggg Kebabommmmmmm!

Hye Korang!

Korang ada perasan x isu buku 'where did i come from'? Oklah, isunya adalah terlepasnya buku sex education yang di import dari United Kingdom dan tulis oleh Peter Mayle (X pasti dia ni hidup lagi ke x) di Malaysia. Buku ini telah di publish pada tahun 1973 (Perghh..dah lama..ntah2 dorang baru jumpa buku tu kat Malaysia)

Aku sebenarnya x sempat tengok atau pegang buku ini, tetapi berdasar dari review yang aku baca, buku ini menerangkan secara terang-terangan tentang aktiviti pembuatan anak (sebenarnya aku sendiri malu nak tulis).

Ada juga review mengatakan buku ini agak keterlaluan dalam menerangkan aktiviti tersebut. Tambahan lagi buku ini mempunyai illustration yang agak keterlaluan. Mungkin bagi negara lain, buku ini dianggap biasa tetapi di MALAYSIA sudah pastinya tidak. Pihak berkuasa telah mengambil tindakan sewajarnya dengan merampas semua buku ini yang berada di pasaran. Syabas Malaysia! Jom tengok sikit buku ni..

Buku tersebut
Kandungan Buku Where did i come From?
 

/|Fakta tentang Nokia|\




Hai.. Arini adalah segment sharing tentang Nokia. hahaha..

Mesti antara korang ramai yang mengunakan hp kan? (ada ke yang x pakai hp lg?) mesti ada antara korang yang still pakai hp berjenama Nokia kan? Ini sedikit fact tentang Nokia.

- kelahiran negara Finland

- Diasaskan oleh Fredrik Idestam seorang Jurutera Perlombongan.

- Bisnes asal Nokia adalah Kertas (Jauhkan daripada telekomunikasi?).

- Nama Nokia di ambil daripada nama sebuah  bandar di Finland yang bermaksud 'Jelaga'.

- Slogan Nokia adalah "conneting people".

- 'Special' tone yang tersedia di dalam hp nokia anda apabila anda menerima mesej adalah Morse Code untuk 'sms' , 'Ascending' tone adalah Morse Code untuk 'Connecting People' dan 'standart' tone adalah Morse Code untuk 'M' yang bermaksud mesej.

- Di asia, tiada nombor model nokia yang mempunyai huruf 4.


Sunday, February 26, 2012

/| Apakah warna Polar Bear Albino?|\


Hi..masa lepak2 kedai minum tadi..aku terfikir satu benda. Apakah warna seekor beruang polar bear..yelah, polar bear kan seekor haiwan yang comel berwarna putih. Jawapanya adalah warna Hitam. Pergh..so maksudnya albino x semesti menjadikan kita warna putih. hmm.. apabila aku baca tentang polar bear albino ni, aku jadi kesian kat dorang. Dorang ini terancam dengan persekitaran dorang (Kenapa?) . Ini sebab, apabila mereka berwarna hitam, mereka akan merasa lebih sejuk daripada polar bear yang lain (Kenapa?) . Warna hitam akan menyerap suhu dan warna putih menendang suhu (memantulkan, aku pakai menendang sebab nak nampak lagi cute) . Kadang2 juga mereka akan mempunyai masalah penglihatan. Kesian kan? Jom save the albino polar bear.

Albino Polar Bear


Saturday, February 25, 2012

/| Jom habiskan Baucar buku di Ekspo Buku Islam 2|\

Assalamualaikum korang,

Hari ni aku nak cerita sedikit tentang Ekspo Buku Islam 2. Kenapa dipanggil Ekspo Buku Islam 2? Ini sebab ini adalah kali kedua penganjur, sinergi Ilmu mengadakan Ekspo Buku Islam yang sebelum di jalankan di KL Sentral. Untuk Kali ini, Ekspo Buku Islam dijalankan di Dewan Chempaka Sari, Percint 3, Putrajaya. (xtau kat mane?) Dewan ini terletak di Bangunan Perbadanan Putrajaya, bersebelahan dengan Maybank berdekatan Masjid Besi. Ekspo ini telah bermula pada 24/2/2012 dan akan berakhir pada 4/2/2012. Kalau nak datang, gerai dibuka pada jam 10 pagi sehingga 9 malam. Untuk kali, pelbagai publisher buku telah terlibat antaranya Grup Buku Karangkraf, Telaga Biru, Mustread, dan PTS. Pelbagai aktiviti diadakan dan diskaun2 menarik x terjangkau minda juga diberikan oleh publisher yang join Ekspo Buku Islam 2 ini so kepada semua jangan lepaskan peluang untuk memborong semua buku yang ada.

Ini adalah sedikit gambar yang aku sempat snap:-























Friday, February 24, 2012

Jom Naikkan Trafik Blog!


Hai semua,

Aku saja try2 join segment dari blog bicaramakdara.com ni. Aku rasa best aku join, kalau korang ada segment atau pun contest boleh lah letak kat comment. Kalau mampu, aku akan join. jangan risau kisahsigemok jarang mengecewakan. huhuhu..

Ok2, nama kisahsigemok dipilih kerana kegemokkan ilmu yang melampau di dalam post blog ini. (Poyo x?) hahaha. Hmm..aku sentiasa cuba memberi content yang best, cute dan membuatkan korang ingin klik post itu berkali2. hahaha. (hmm..) aku akan try publish sebanyak mungkin post di dalam blog ini setiap hari. Kepada yang nak follow saya dipersilakan, saya akan follow blog anda semula. (sila tinggalkan bayang anda di bahagian comment)

Entri-entri Kisahsigemok banyak berkisahkan perkongsian hobi si gemuk, info-info yang jarang orang tau, Review tentang tempat2 yang telah dikunjungi aku, event-event yang menarik yang korang boleh kunjungi dan banyak lagi. Saya mempunyai kerjaya yang memaksa saya sentiasa keluar dari office so saya selalu jumpa tempat2 menarik.Aku juga bercadang untuk membuat lebih banyak review event, nak saya promote dan review event korang? (Bleh, just contact saya di ruangan comment entri ini di bawah).

Jom Mencetak Baju Episod 1: Pengenalan tentang peralatan silk screen

Hi all.. Silk screen? pernah dengar? hmm..mesti ramai yang pernah dengar..silk screen ini adalah cara untuk mencetak design ke t-shirt anda..ini adalah cara paling mudah, paling famous dan paling ramai orang buat. Sebenarnya ini adalah hobi masa lapang aku so aku rasa x salah aku nak kongsi ngan korang cara-cara untuk mencetak baju..mane tau kita boleh kongsi2 pendapat..Untuk episod pertama ini, aku lebih nak menerangkan tentang alatan yang selalu ada dalam pencetakan silk screen. Kenapa nak start tahu peralatan dulu? Sebab ini lebih mudah untuk korang try nanti.

1.Blok
Blok adalah benda paling penting dalam silk screen printing. Ia adalah rangka untuk korang letakkan silk mesh (kain silk screen) korang. Blok mempunyai pelbagai size, so korang boleh pilih mengikut kesesuaian size design anda yang akan dicetak di baju.

2.Scoop coater
Scoop coater ini adalah alat untuk meratakan photo emulsion di blok anda. Mempunyai size berbeza mengikut kesesuaian size blok anda.

3.Photo Emulsion 
Photo Emulsion ini digunakan untuk korang transfer kan design ke blok. (x faham? xpe next tutorial akan membuatkan anda faham). Photo Emulsion akan dicampurkan bersama Hardener (Ini nama aku panggil, di pasaran di panggil sentisizer). Ada banyak jenis photo emulsion di pasaran, berlainan harga dan warna. (AMARAN: Photo Emulsion terlalu sensitif kepada cahaya, letakkan ditempat yang gelap gelita atau malap)

5.Skuji
Skuji ini adalah alat untuk merata kan Dye ke baju nanti. Alatan ini selalu nya diperbuat daripada kayu dan bilah matanya diperbuat daripada getah plastik. 

4. Dye
Fabric dye atau dalam bahasa melayu pencelup kain. Ini adalah kaler yang anda gunakan di dalam silk screen printing ini. Ada beberapa jenis dye yang di gunakan tetapi paling famous adalah rubber dye dan tc dye.

5.Baju Kosong
Ini benda penting korang kena ada untuk mencetak baju. kalau x de baju, mungkin post ni x dipanggil 'Jom Mencetak Baju'



Ok..amacam? faham? 

kalau x faham, bleh tinggalkan comment dibawah. 

X cukup? 

erk..sabar, nantikan next post saya 

P/S :Ok sume..harap korang faham untuk sesi kali ini dan jangan lupa untuk follow saya..
 

Wednesday, February 22, 2012

/|Segment: Jom Tukar Link Di Sini|\




Hai korang!!!

Aku buat post ni adalah untuk memudahkan proses pertukaran link dengan aku. Karang ada dah follow aku, aku x follow balik. : )

First Step
Follow blog kisahsigemok.blogspot.com ini

Second Step
Tulis comment di bawah dengan tulis 'Hi, saya dah follow awak,ini link saya (letak link anda)'

Dua step je? yup, 2 sahaja..so ini lebih mudah aku nak follow korang..

Thanks


/|Jepun ingin membelasah Malaysia malam ini|\




Pada malam ini bersamaan 22/2/2012, pasukan bola sepak Malaysia akan bertemu dengan pasukan bola sepak Jepun. Pertemuan ini adalah untuk kelayakan olimpik 2012. Walaupun begitu, pertemuan ini adalah lebih kepada perlawanan persahabat berprofil tinggi untuk Malaysia kerana Malaysia sudah tidak berpeluang ke Olimpik selepas kalah kesemua perlawanan sebelum ini.Pertemuan malam akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 9 malam. Pasukan Jepun telah mengeluarkan statement bahawa mereka akan membelasah pasukan negara ini. Mereka juga mengatakan bahawa Malaysia bukan penghalang bagi mereka. Harapan dari aku adalah aku harap Malaysia akan mengunakan sepenuhnya ke over confiedent pasukan Jepun ini dan walaupun kalah memberikan saingan kepada pasukan jepun.

Senarai First Team Pasukan Negara

Keeper
Khairul Fahmi Che Mat (captain)
 
Pertahanan
Mohd Zubir Azmi
Mohammad Muslim Ahmad
Mahalli Jasuli
Mohammad Fadhli Mohd Shas
 
Tengah
Syahrul Azwari Ibrahim
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
Ahmad Fakri Saarani
Muhammad Nazmi Faiz Mansor
 
Penyerang
A. Thamil Arasu
Ahmad Shakir Ali

/|Leessang : Duo Hip Hop Korea Selatan yang semakin terkenal di dunia|\

Leessang adalah Hip Hop duo yang berasal dari Korea Selatan ditubuhkan pada 2002. Dianggotai oleh Kang Hee Gun yang lebih kenali sebagai Gary bertindak sebagai rapper dan Gil Seong Jon (Gil). Ikut pendapat aku, kelebihan Leessang ini adalah kerana adunan rap yang baik daripada Gary yang diadun vokal yang mantap daripada Gil. Ini meletakkan mereka di dalam standard dan kelas yang tinggi. Lagu mereka hampir keseluruhan menggunakan bahasa korea tetapi disebabkan melodi lagu mereka yang berkualiti dan kreatif membuat aku tertarik untuk mendengar lagu-lagu mereka. Jujur diperkatakan bahawa aku bukan peminat tegar K-Pop, Korea Movie ataupun drama daripada negara kereta hyundai ni, Leessang telah berjaya menarik minat aku untuk mendengar lagu-lagu mereka. Mungkin pelaris bagi Hip Hop Duo ini adalah disebabkan Gary, ini sebab Gary adalah salah seorang member di dalam tv show korea yang tengah meletup iaitu Running Man. Antara lagu-lagu yang aku rekemen kepada korang adalah Turn Off the TV, Leessang Blues, I'm not really laughing, Our Meeting, dan The Girl who can't break up, the boy who can't leave. 


Leessang: Gary (Kiri) dan Gil (Kanan)


Tuesday, February 21, 2012

/|Bagaimana nak bezakan game boy ciplak dan yang ori?|\

Assalamualaikum,

Kepada korang2 di luar sana, mungkin masih mempunyai Game Boy keluaran Nintendo ni. Untuk pengetahuan korang, terdapat Game Boy yang diciplak dan bukan ori. So arini, aku nak tunjuk sikit perbezaan antara yang ori dan yang ciplak.

Ok, kita tengok perbezaan wajah mereka dahulu:-

Ini yang ciplak

Ini yang ori (xde beza sgt kan?)



Bahagian atas si ciplak nampak x ada soket dan lubang sound di situ..

ini bahagian atas si ori..kosong je kan?

Bahagian bawah si ciplak, kosong kan?
Bahagian bawah si ori, ada lubang sound

Ok..dah nampak dan percaya? kepada sesiapa yang ada game boy tu boleh check semula game boy korang..Ori atau Ciplak?

P/S: Sekarang ni, Game boy ni dah jadi mcm barang collection so Game Boy yang ciplak ni pun ada orang collect sebab rare. so mane untung ni? Kebaaboooommmmm..







/|Muzik Chiptune atau 8 bit = Bunyi-bunyian game?|\

Pernahkah anda mendengar lagu yang seakan-akan bunyi game? Pernah? Mungkin anda pernah mendengar muzik Chiptune atau 8 bit ini.

Untuk yang belum dengar tu, Chiptune ini adalah muzik yang di compose mengunakan bunyi-bunyian video game consoles selalunya 'game boys'. (Game Boys?) Ya, 'game boys' keluaran Nintendo tu.

Adakah orang malaysia main benda ni?
Ada, antaranya MN32, My Empty Battery dan Mikrobotmen (ini antaranya tau, ada lagi..boleh search dorang kat FB)

Komuniti dorang?
Komuniti dorang adalah Chip Chip Hurray. Korang boleh search dorang dekat facebook dengan nama 'chip chip hurray!' <----Jangan lupa letak tanda seru tu..

Nak tengok senjata-senjata dorang boleh tengok kat bawah ni:-

Kepunyaan MN32 ni..


Yang ini siap ada camera kat atas tu..
Kanta Pembesar..

P/S: Lepas ni mungkin ada next post tentang genre music ni..nantikan ya? jangan lupa follow blog ini.. Piungggggg Kebaaaabooooommmm..



Monday, February 20, 2012

/|Glow in the dark Bowling|\


Pernahkah anda terfikir, bagaimana main bowling dalam keadaan glow in the dark? Kat mana tempat ni? Anda boleh merasa pengalaman ini di Cosmic Bowl yang terletak di Mid Valley Megamall. Bayaran yang dikenakan juga berpatutan dengan pengalaman yang korang akan dapat. Sambil main bowling, anda akan di temani lagu2 yang best2 (Kadang-kadang korang akan rasa mcm main bowling dalam club). Kepada raja-raja longkang, ini adalah lokasi yang anda cari kerana xde orang yang akan nampak anda jika balingan anda tersasar. huhuhu.

Cari papan tanda ni bila dah sampai Mid Valley

Tempat ambik kasut, selesa sgt dalam ni
lane yang bersinar2
House Ball (oklah walaupun banyak yang pecah)



P/S: Kepada korang sume, thanks kerana sudi membaca..lepas ini lebih banyak pengalaman dan info yang aku share dalam blog ni. (Jom tukar2 Link). Piungggggggggg Kebaboooooommmmmm.



/|Jalan-jalan di Malaysia IT Fair best ke x best?|\

Malaysia IT Fair nie start 17 Februari sampai 19 Februari yang lepas bertempat di Mid Valley.Main sponsor event ini adalah Kaspersky (Aku tahu dia jual anti virus je..). Masuk-masuk je ke dalam IT Fair nie, korang akan nampak satu kete ferrari yang berplat Kaspersky (PELIK?). Aku pun pelik kenapa ada kete ferrari dalam IT Fair, mungkin sebab nak kena dengan slogan Kaspersky kot iaitu 'Fast & Secure'. Kete ni pun Kaspersky yang letak kat situ. Aku x pastilah best untuk korang atau x kalau korang masuk dalam ni, korang kena round sampai habis kerana pihak penganjur telah set IT Fair one way. So korang kena hadapi 3 hall yang penuh dengan orang untuk hanya keluar balik. Harga masa IT Fair ni pun bleh tahan murah dan mampu untuk merambangkan mata korang. Kekurangannya, korang susah nak select barang sebab ramai sgt orang sampai korang confirm terlepas pandang barang2 yang dijual. Harga dan barang antara gerai pun x banyak beza (mcm x beza langsung pun aku tgk,xpe still murah). Walaupun begitu, aku sempat menyambar satu thumbdrive Sandisk 8GB dengan harga Half Price. Piunnnnggggg Kebabooooom


Pintu Masuk Malaysia IT Fair

Kereta Ferrari yang aku cite tadi kat atas

Pentas utama masa KL IT Fair (Ada sesi lelong berlaku kat sini)

Gerai Kaspersky

Ramaikan orang? (Ni x nampak padat lagi)








Sunday, February 19, 2012

/|Program Teh Tarik Satu KLFM @ Kedai Pak Yop Corner|\

halo2..

hmm..hari ini aku nak sharing satu event anjuran KLFM iaitu Teh Tarik Satu. Teh Tarik Satu ni kira event out door KLFM yang dijalankan pada hari jumaat 2 minggu sekali. KLFM akan membuat lintas langsung secara live di kedai-kedai makan terpilih di area Kuala Lumpur. Apa yang menarik tentang event ini adalah anda berpeluang membawa pulang cenderemata KLFM dan lepak2 dengan dj-dj KLFM. Event ni bermula pada jam 9.30 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam. Kalau korang stay sampai habis, selalunya ada persembahan daripada artis jemputan KLFM. Warga-warga KL kalau nak dengar info tentang Program Teh Tarik Satu ni bleh settingkan radio anda ke 97.2

Ini adalah gambar yang aku sempat snap semasa Program Teh Tarik Satu di Pak Yop Corner di Pantai Dalam:-



Pak Yop Corner lokasi ketiga Teh Tarik Satu KLFM 2012
Inilah kedai Pak Yop Corner tu..ramaikan?
Artis Jemputan, Black bersama DJ Sonic lintas langsung di siaran 97.2
Seorang Pengunjung bersama Black dan Adzrin Adzhar